Laman Utama

Jari Kelingking Puteri Aishah Cedera Parah – “Saraf Hampir Putus, Terpotong Jari Sehingga Terkena Tulang!”

gempak
Fiza Kamarudin
24/11/2020
00:00 MYT
Sponsor Banner
Jari Kelingking Puteri Aishah Cedera Parah – “Saraf Hampir Putus, Terpotong Jari Sehingga Terkena Tulang!”
Pelakon Puteri Aishah mengalami kecederaan parah di bahagian jari kelingking tangan kiri selepas terkena hirisan pisau.
Sehubungan itu pelakon filem Pulang tersebut dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta petang semalam (Isnin) kerana perlu menjalani pembedahan dengan segera.
Perkara tersebut disahkan pengurus Puteri Aishah, Iman Tang yang turut memberitahu perkembangan terkini pelakon berkenaan.
“Ketika kejadian, Puteri yang sedang memotong buah Avocado terpotong bahagian jari kelingkingnya sehingga terkena bahagian tulang.
“Kecederaan dialami Puteri Aishah agak serius kerana saraf pada bahagian jari itu terputus serta sangat membimbangkan. “Mujur ketika kejadian, Puteri Aishah ditemani seorang teman. Jika tidak, tak tahu apa yang bakal terjadi kerana dia mengalami pendarahan yang agak banyak,” katanya.
Tambah Iman lagi sebaik tiba di hospital, doktor memberitahu pembedahan perlu dilakukan segera atau Puteri Aishah akan mengalami kecacatan kekal pada jari tersebut.
“Doktor kata kalau tidak dibedah, jari Puteri Aishah mungkin tidak akan berfungsi lagi seperti biasa.
“Selepas dua jam, pembedahan selesai dilakukan dan Puteri Aishah berada dalam keadaan stabil. Cuma sekarang dia masih belum sedar kerana kesan bius,” katanya ketika dihubungi Gempak malam tadi.
Dalam pada itu, Iman turut memohon peminat mendoakan Puteri Aishah agar segera sembuh.
“Saya belum ada kesempatan untuk melawat Puteri Asihah dan mungkin akan ke hospital esok. Doakan dia sembuh ya.
“Puteri Aishah baru selesai menjalani penggambaran dan disebabkan kemalangan yang berlaku, Puteri Aishah mungkin akan berehat buat seketika,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024