Laman Utama
“Jatuh Cinta Dengan…”- Juru Solek Dedah Pengalaman Tatarias Wajah Siti Nurhaliza
Juru solek terkenal yang dikenali sebagai Nuex Rosli teruja apabila pertama kali diberi peluang menatarias wajah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Nuex mendedahkan sikap profesional dan kecantikan wajah Siti Nurhaliza memudahkan kerjanya sebagai juru solek.
“Ramai DM (mesej peribadi) tanya apa perasaan makeup TokTi @ctdk artis no 1 Malaysia?
“Jawapannya sangat best sebab beliau seorang yang penuh sopan santun, orangnya pun dah lawa dan selesa sungguh bekerja dengan orang yang sungguh professional macam TokTi Kesanyangan ramai!
“Jatuh cinta dengan kecantikan wajah TokTi. NR pun tak sedar tiba2 je rasa dah siap! Mudah sebab dah sedia cantik!” katanya.
Nuex berkongsi pengalamannya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto ketika menatarias wajah penyanyi tersebut.
Tambah Nuex lagi, dia dan syarikat kosmetiknya bakal berkolaborasinya dengan Simply Siti tidak lama lagi.
“Tak sabar nak kongsi produk kolaborasi @nrcosmetics_my dengan @officialsimplysiti yang insya-Allah akan memudahkan hidup peminat make up kat luar sana,” katanya lagi.
Nuex merupakan juru solek berpengalaman yang telah menatarias ramai selebiriti tanah air.
Must-Watch Video