Penyanyi rap Korea, Jay Park mengumumkan bakal bersara dari industri hiburan.

Juri Asia's Got Talent (AGT) itu membuat keputusan tersebut selepas menyatakan tiada lagi ruang buatnya dalam industri hiburan.

Menerusi muat naik terbaharu di akaun media sosial Twitter miliknya, dia memberitahu akan bersara dari dunia hiburan beberapa tahun lagi.

Malah Jay Park seolah-olah sudah pasti dengan keputusannya apabila memberitahu ia adalah janjinya buat peminat dan juga dirinya sendiri.

Rata-rata peminat setia penyanyi itu terkejut dengan pengumuman tersebut dan meminta Jay supaya tidak berhenti daripada industri hiburan.