,
Laman Utama

Jelajah 6 Lokasi Termasuk Singapura & Indonesia, Shila Amzah Teruja Nak Bawa Peminat Ke Masa Depan!

Syafiqah Jalal
19/01/2023
13:37 MYT
Penyanyi Shila Amzah akui teruja apabila berpeluang mengadakan jelajah konsert berskala besar di enam lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan dua di Indonesia.
Konsert Jelajah Journey To The Future itu memberi makna yang besar buat kerjayanya sebagai anak seni yang sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak tiga dekad lalu.
“Alhamdulilah saya sangat teruja untuk menjayakan konsert ini setelah sekian lama akhirnya impian saya untuk lakukan jelajah ini.
“Journey To The Future adalah tema yang sesuai untuk kerjaya saya selepas pengalaman masa lalu dengan fasa gelap yang pernah ditempuhi dahulu telah menjadikan siapa saya pada hari ini. Jadi kali ini saya mahukan tema yang memberi impak kepada kerjaya saya tahun ini.
“Malah lagu-lagu yang akan saya sampaikan berkait rapat dengan transisi sehingga ke hari ini. Fasa sekarang adalah yang terbaik dan saya harap berkekalan,” jelasnya.
Mengulas mengenai konsertnya nanti, Shila memberitahu durasi setiap konsert akan berlangsung selama dua jam dengan menampilkan 40 buah lagu yang akan dinyanyikan secara ‘medley’.
“Saya akan menyanyi sebanyak mana lagu yang boleh pada malam tu nanti dan cuba untuk medley.
“Apa yang pasti keenam-enam lokasi konsert akan dibahagikan kepada lima segmen dan membabitkan persembahan lagu yang pernah dinyanyikan sepanjang kariernya,” katanya lagi.
Penjualan tiket akan dibuka pada 16 Januari menerusi All Access Asia dan TicketCharge dengan dijual pada harga RM238, RM338, RM438 dan RM638 (VIP).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Digelar ‘Duda Paling Hot', Ini Komen Fattah Amin - “Terima Kasih Buat Peminat, Tanpa Mereka Tiada Fattah Amin”

gempak
16/10/2024
23:55 MYT
Populariti aktor kacak Fattah Amin makin mencanak selepas bercerai sehingga dihujani jutaan sokongan warganet dan dilabel sebagai duda paling ‘hot’ tahun ini!
Hollywood

Peminat Cemas, Olivia Rodrigo Ketawa Jatuh Lubang Atas Pentas

gempak
16/10/2024
13:00 MYT
Penyanyi Olivia Rodrigo menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas terjatuh sewaktu melakukan persembahan di Melbourne, Australia pada awalnya minggu ini.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Govinda - Hal Hebat @ Kuala Lumpur

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Govinda - Hal Hebat @ Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Memang Dari Planet Lain, Sal Priadi Layan 'Healing' Dengan Ribuan Peminat Di KL!

gempak
16/10/2024
09:55 MYT
Suasana di dewan Zepp, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu, dipenuhi dengan keajaiban apabila konsert yang ditunggu-tunggu oleh semua, “SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR” membawa peminat melewati perjalanan muzik yang mendalam dan penuh ‘healing’!
BorakSeeni