Laman Utama

Jemaah Surau Seperti Tak Rasa Bersalah Dikompaun, Netizen Bengang! - “Orang Marah Bukan Sebab Solat Tapi…”

Hanafis Haris
02/06/2021
04:43 MYT

Kecoh di media sosial apabila sebanyak 37 jemaah surau dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua jemaah itu dikompaun selepas didapati menunaikan solat isyak berjemaah di sebuah surau dan masjid di Chetok, Pasir Mas, Ahad lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir, kesemua jemaah berusia antara 20 hingga 70 tahun yang tidak menyembunyikan aktiviti mereka itu didapati ingkar SOP dalam pemeriksaan kira-kira 9 malam.

Beliau berkata kesemua mereka dikompaun kerana didapati tidak memakai pelitup muka dan melanggar Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021.

"Pada Jumaat (28 Mei) polis mendapat maklumat awam mengenai aktiviti solat berjemaah di kedua-dua lokasi tersebut. Sepasukan anggota dari Balai Polis Tok Uban telah pergi untuk menasihati mereka supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

"Namun pada Ahad (30 Mei), polis masih mengesan aktiviti solat isyak berjemaah. Berikutan itu sembilan orang dikenakan kompaun selepas didapati melakukan solat berjemaah di sebuah surau manakala 28 orang lagi di masjid, kedua-duanya di Chetok, Pasir Mas," katanya menerusi Harian Metro.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan beberapa individu ketawa sambil secara beramai-ramai menunjukkan surat kompaun sebanyak RM1,500 yang dikenakan ke atas mereka.

Video berkenaan kemudian mencetuskan rasa marah netizen apabila segelintir individu yang ditahan seakan tidak mengambil serius tentang SOP.

“Bila diri terasa hebat”

“Bangga siapa tunjuk surat saman, kecewanya aku”

“Orang marah bukan sebab solat, tapi sebab tak patut SOP masa Covid” tulis beberapa netizen.

Mengulas lanjut, Mohd Nasaruddin berkata, penduduk di kawasan kampung sepatutnya mengambil iktibar daripada penularan COVID-19 yang kini melanda Kelantan.

Beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu boleh menyebabkan berlakunya jangkitan dan tindakan kompaun adalah jalan terakhir yang dilakukan pihak berkuasa selepas sudah acap kali nasihat diberikan tidak dipatuhi.

"Saya ingin menasihati seluruh masyarakat Pasir Mas khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman supaya sama-sama mematuhi SOP agar tidak menjangkiti orang lain ataupun dijangkiti," katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.