Skip to main content

Selebriti

Ammar Ahyan Kagum Kreativiti Cik B, Tak Sangka Boleh Menyanyi - “Dia Tahu Suaranya Bukan Untuk Semua Lagu”

Cik B Ammar Ahyan

Sekilas

  • Ammar Ahyan terkejut dengan kebolehan menyanyi dan persembahan kreatif Cik B dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2).
  • Walaupun nyanyian bukan kekuatan utama Cik B, dia bijak memilih lagu dan menggunakan kelebihan untuk hasilkan persembahan menarik.
  • Ammar menganggap Cik B sebagai mentor yang banyak mengajar tentang etika kerja dan cara menguruskan orang sepanjang program.

Anak sulung usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan mengakui tidak menyangka sahabatnya iaitu Cik B mempunyai kebolehan untuk menyanyi dan memberikan persembahan yang menghiburkan di atas pentas program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menurut Ammar, walaupun nyanyian bukan kekuatan utama Cik B, namun anak kepada Datuk Seri Vida itu bijak menggunakan kelebihan yang ada untuk menghasilkan persembahan yang menarik.

“Saya rasa Cik B ini orang yang tidak boleh dijangka. Saya sendiri pun tak sangka dia boleh menyanyi.

“Tetapi seperti yang mereka katakan, pentas TTMM ini bukan hanya pasal menyanyi tetapi lebih kepada persembahan sebab permarkahan 60 peratus adalah kepada manager.

“Saya nampak Cik B sepanjang dalam program itu bagus. Dia kreatif, pandai pilih lagu juga sebab kita pun tahu suara dia bukan untuk semua lagu, hanya sesetengah sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam masa sama, Ammar turut menganggap Cik B sebagai seorang mentor yang boleh dijadikan contoh sepanjang berada dalam program berkenaan.

Tambah Ammar, faktor usia dan pengalaman membuatkan dia banyak belajar daripada Cik B terutama dari segi etika kerja serta cara menguruskan orang.

“Cik B lebih kepada mentor saya sebab pertamnya dia lebih berumur daripada saya dan dia juga boleh kira sudah lebih berpengalaman.

“Jadi saya rasa saya boleh belajar daripada dia, juga cara etika ketika dia bekerja dan bagaimana caranya dia handle dan manage orang,” jelasnya.

Terdahulu, Cik B merupakan antara peserta yang sering mencuri perhatian penonton TTMM2 menerusi idea kreatif serta pendekatan tersendiri dalam mengendalikan persembahan di pentas pertandingan.


 

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement