Laman Utama
Jemput Jason Derulo, Tiket Sambutan Kejuaraan JDT Sold Out! - “Mesti Grand Ni, TMJ Jarang Tak Padu..”
Kelab bola sepak terkemuka Johor Darul Ta’zim menjemput penyanyi antarabangsa terkenal Jason Derulo sebagai undangan persembahan bagi memeriahkan sambutan ‘Triple Hattrick’ yang akan diadakan pada 15 Oktober ini.
Menerusi laman sosial Facebook, kelab berkenaan yang dinaungi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi pengumuman itu untuk tatapan umum.
“Artis antarabangsa Jason Derulo akan membuat persembahan pada sambutan Title JDT pada 15 Oktober ini!
“Sambutan rekod kejuaraan Liga Super Malaysia sembilan kali berturut-turut Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim pada 15 Oktober akan disiarkan secara langsung oleh RTM, Unifi dan juga di saluran YouTube JDTTV.
“Terdapat juga 'viewing party' di daerah-daerah negeri Johor yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah masing-masing. Layari laman sosial Pejabat-pejabat Daerah dalam beberapa hari ini untuk mendapatkan maklumat terkini dimana lokasi yang bakal diadakan. Luaskan Kuasamu Johor,” tulis mereka lagi.
Dalam pada itu, sambutan itu juga akan menampilkan atlet-atlet cemerlang SUKMA Johor selain pasukan JDT II, Akademi JDT, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (Bola Jaring), Johor Tigris (Sepak Takraw) dan pemain-pemain ragbi negeri.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menyambut baik usaha meraikan atlet-atlet yang menjulang nama negeri Johor.
Dalam pada itu, ada juga yang turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan tiket yang difahamkan dijual pada harga serendah RM20.
“Pergghh..tiket RM10 dapat tengok international artis. Mana nak dapat kat Malaysia ni hoi,” tulis seorang wargamaya.
“Bulan lepas Jason Derulo ni datang Dubai, berebut orang gi tengok concert dia. Untunglah fans JDT dapat tengok concert dia,” ujar seorang wargamaya.
“Perghhhh mesti grand ni. TMJ kalau buat jarang tak padu. Sayang tak dapat join tiket habis,” luah seorang wargamaya.
“Ini baru Pasukan bola sepak bertaraf Dunia, bukan saja sekadar liga dalam Malaysia,” puji seorang wargamaya lagi.
Must-Watch Video