Pelawak tempatan bertaraf antarabangsa, Harith Iskander sememangnya terkenal dengan jenakanya yang bersahaja, spontan dan paling penting mencuit hati ramai peminat termasuk mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada 9 Mei ini.

Bukan bertujuan memilih mana-mana parti politik yang bertanding, Harith sebaliknya menampilkan jenaka PRU14 dengan dua watak iaitu Apple dan Joe Black dalam satu program berkonsep 'sketch comedy'.

Menariknya, Harith melakon 3 watak dalam video tersebut secara serentak yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya.

Uploaded the first of a short series of videos I made recently with a couple of my new best "friends". Check out the full video on my FB pages. Link in my bio. ? #PeHalBro #SketchComedy #Football #ManchesterUnited

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander) on

Harith yang turut menjadi pengacara program itu memperkenalkan program bual bicara terbaru, Pe Hal Bro! dalam video itu.

Watak Apple yang digambarkan sebagai seorang wanita mencetus jenaka kelakar kerana beranggapan maksud mengundi dalam bahasa Inggeris 'poll' merujuk pada 'pole' untuk melakukan aksi tarian tiang.

Apapun, Harith sebenarnya membawa mesej pada rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada 9 Mei ini.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @harithiskander