Skip to main content

Trend Pasaran

Jenama Telefon Pintar Ini Bakal Keluarkan Model Baru Ada 7 Kamera... Biar Betul?

mate30.jpg
Perlumbaan jumlah lensa pada telefon pintar nampak gayanya masih belum berakhir.
 
Jika sebelum ini jenama Nokia muncul dengan lima lensa menerusi model Nokia 9, nampak gayanya takhta itu bakal berakhir apabila Huawei dikatakan hadir dengan tujuh lensa!
 
Menurut maklumat didedahkan pemilik akaun Twitter @onleaks, Huawei Mate 30 Pro dijangka hadir dengan tujuh kamera.
 
Tujuh kamera ini merangkumi empat kamera pada bahagian belakang dan tiga pada bahagian depan.
 
Kedudukan kamera pula disusun secara bulatan.
 
Selain maklumat tentang kamera, laman Twitter itu turut mendedahkan rekaan Huawei Mate 30 Pro yang mempunyai takut atau 'notch' pada bahagian skrin depan.  
Untuk makluman, Huawei dijangka melancarkan Huawei Mate 30 Pro bersama Mate 30 pada 19 September ini. 
 
Apa teknologi baru yang bakal diperkenalkan? Sama-sama kita tunggu acara pelancaran tersebut.
 

Advertisement

Must-Watch Video