Sebuah jenama tudung terkenal didakwa mencuri idea tudung magnetik yang dipercayai dipelopori oleh jenama hijab tempatan The Jasmine.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi tentang foto promosi jenama tudung terkenal ini yang didakwa sangat mirip dengan tudung magnetik The Jasmine.
Mula diperkenalkan oleh jenama tersebut sejak tahun 2019 lagi, tudung bawal magnetik memberi alternatif kepada para wanita yang tidak mahu menggunakan pin. Dua magnet kuat yang kecil disambungkan di bawah leher dan ia boleh diubah mengikut kesesuaian pemakainya.
Di platform TikTok, pengasas jenama The Jasmine yang dikenali sebagai Abe Yus meluahkan rasa kecewanya terhadap jenama terkenal ini yang didakwa menciplak ciptaannya.
“Aku tau aku tak mampu nak lawan brand besar dia sebab dia seseorang yang dikenali dalam industri dan apa yang boleh saya beritahu adalah, ini adalah idea saya dan saya orang pertama yang mengeluarkan tudung jenis ini, bukan idea dia.
“Saya bukan siapa-siapa, jenama tudung saya pun kecil dan awak boleh ambil idea orang lain macam tu je. Tapi aku tetap strong dengan produk ni sebab i just want to make my mom happy, tu je.
“Aku sakit hati bila ada orang amik idea tu sedangkan mereka tak tahu betapa susahnya aku nak kekalkan produk ni dalam market. I hope she can stop copying small business idea, tu je,” luah pengasas jenama tudung tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa kecewa mereka terhadap jenama tudung yang terkenal ini.
“Disgusted but not surprised. Malas la nak cakap dah tak serik-serik. People yang keep supporting her pun urghhh please block me,” kata seorang wargamaya.
“Kering idea tak payah mengada nak meniaga. Kesian orang lain yang sibuk cari idea tapi kena curi senang-senang gini je,” ujar seorang wargamaya.
“Adui baru je lalu kat TikTok owner idea clip ni. Kesian tengok doh, dia lelaki tapi dia menangis sebab org curi idea dia. Dia buat announce yang itu idea dia sampai menangis, marah. Kesian doh. Semoga Allah luaskan rezeki buat org yang teraniaya,” komen seorang wargamaya.
“Harap owner asal ada buat patent la. At least boleh saman balik. Tapi kalau takde buat patent, air mata saje la,” luah seorang wargamaya.
“Yang bising dah patent belum? Kenapa tak patent? Kau ingat murah ke nak patent nyah? And diorg small business aje. Hantar design terus dapat?” tulis seorang wargamaya.
“At least buatlah collab, takde lah org nak mengecam,” cadang seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, jenama terkenal ini pernah terpalit dengan beberapa isu ciplak rekaan tudung antaranya Soonaruxsleepystudio dan Ilham Echenta.
Azwa Rahman
Sun Sep 05 2021
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.