Jenazah Allahyarham Badrul Muhayat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Gombak, selepas meninggal dunia di Pulau Pinang, semalam.

Jenazah allahyarham dikebumikan sekitar pukul 9.35 pagi tadi selepas disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Sentul.

BERITA TRENDING: Pulang Ke Rahmatullah Dalam Tidur, Sifat Santun & Wajah Tampan Allahyarham Badrul Muhayat Akan...

Sebelumnya, urusan bedah siasat, mandi dan kafan allahyarham yang meninggal dunia pada usia 55 tahun selesai dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Butterworth.

Antara rakan artis yang memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham termasuklah Azhar Sulaiman, Esma Daniel dan Zed Zaidi.

BERITA TRENDING: Badrul Muhayat Mengadu Penat, Nak Sambung Tidur Semula - “Allah Pinjamkan Saya Insan Yang Baik”

Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur di inap desa di Taman Pauh Jaya, Pulau Pinang sewaktu menyertai Karnival UDA 2023.