Hiburan

Jessi, Rain, Yuna Hiburkan Peminat Sarawak, Lima Perkara Menarik Di Borneo Sonic Music Festival

gempak
Asyraf Roslan
30/10/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
Jessi, Rain, Yuna Hiburkan Peminat Sarawak, Lima Perkara Menarik Di Borneo Sonic Music Festival
Walaupun sudah melabuhkan tirai, namun kehangatan Borneo Sonic Music Festival 2024 (BSMF 2024) masih lagi dirasai.
Untuk penganjuran tahun kedua, BSMF sekali lagi berjaya mengumpulkan barisan penyanyi terkenal untuk menghiburkan peminat-peminat yang hadir di Stadium Sarawak.
Gempak juga berpeluang merasai pengalaman tersebut, jadi ini lima perkara yang anda perlu tahu mengenai Sonic Music Festival 2024:

30,000 Peminat Hadir Ke Stadium Sarawak

Untuk dua hari penganjuran, seramai 30,000 peminat telah membanjiri stadium Sarawak bagi menghadiri BSMF 2024.
Meskipun hari pertama hujan, namun peminat tetap setiap menantikan persembahan setiap penyanyi yang ada di BSMF 2024.

Jessi, Rain, Yuna dan BCL hiburkan peminat BSMF

Bukan biasa-biasa!
Bukan sahaja menampilkan penyanyi tanah air, BSMF juga menerbangkan beberapa penyanyi antarabangsa untuk menghiburkan peminat-peminat di Malaysia.
Antara nama-nama besar yang membuat persembahan di BSMF 2024 adalah Yuna, Bunga Citra Lestari, Dolla, Namawee, DJ Blink, 4EVE, Rain dan Jessi.

Jessi belajar cakap I Love You versi Sarawak, Rain belanja badan buat peminat tak keruan

@astrogempak #GempakVideoNews ♬ original sound - Gempak
@astrogempak #GempakVideoNews: Fuhhh lain macam ❤️‍? Klik link untuk artikel penuh #BeritaDiTikTok #SembangEntertainment ♬ original sound - Gempak

Peminat bertuah menang kasut Skechers

Di dalam kawasan festival, Skechers menampilkan koleksi kasut terbaharu di booth UNO, termasuk Tres-Air UNO Slip-Ins dan UNO Chaos yang dibawakan khas oleh Duta Jenama Skechers, Cha Eun-woo.
Pengunjung dapat mencuba teknologi Skechers seperti Air-Cooled Memory Foam® dan Skech-Air®, serta merakam foto di dinding kaca khas Cha Eun-woo, yang memberi mereka peluang mendapatkan diskaun dan hadiah eksklusif.

Bukan Setakat Berhibur, BSMF juga adakan Borneo Sonic Run

Bukan sahaja berhibur, BSMF juga menganjurkan Borneo Sonic Run yang mendapat kerjasama Skechers selaku rakan rasmi pakaian dan kasut.
Borneo Sonic Run dihadiri lebih kurang 1,500 peserta yang menyertai larian 3KM dan 6KM.
Di Borneo Sonic Run, Skechers turut membawakan Booth Max Cushioning untuk memperkenalkan koleksi kasut Max Cushioning Elite 2.0 untuk wanita dan Max Cushioning Premier 2.0 untuk lelaki.
Peserta yang hadir turut berpeluang menyertai cabaran High Knee Challenge dan Shoe Tying Challenge yang memberi peluang memenangi hadiah eksklusif Skechers.
Untuk Info, Borneo Sonic Music Festival diadakan selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober 2024 di Stadium Sarawak, Kuching dan merupakan Festival muzik terbesar di Borneo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024