Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Jijik! Penuntut Universiti Tunjuk Kemaluan Kepada Pekerja Kedai Serbaneka - "Gila Betul, Bagus Sangat Ker ..."

Ainun
03/10/2024 14:55 MYT
Tular di aplikasi media sosial X seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka di Lampung, Indonesia diganggu oleh seorang pembeli yang cuba menunjukkan alat sulitnya di kaunter pembayaran.

Dalam video berkenaan, lelaki yang dipercayai seorang penuntut di universiti tempatan cuba mengeluarkan kemaluannya daripada seluar yang dipakai.

Tindakan yang tidak bermaruah itu mengundang padah apabila lelaki itu telah diberkas oleh pihak berkuasa di kediamannya.

Menurut Ketua Sisatan Jenayah Polresta Bandar Lampung, Kompol M Hendrik Apriliyanto, pelajar lelaki itu berjaya ditangkap selepas video dirinya menunjukkan alat kelamin kepada pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka itu tersebar.

"Betul, pelaku itu merupakan seorang mahasiswa di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Bandar Lampung, ditangkap berikutan video tindakan tidak senonoh yang memperlihatkan alat kelaminnya di dalam sebuah kedai runcit kecil yang tular.


"Pasukan saya terus menjalankan siasatan dan mengenal pasti identiti pelaku ini selepas videonya menjadi tular. Kemudian, kami mengesannya dan malam Rabu kami berjaya menahannya di kediamannya," katanya.

Netizen


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik mereka selepas menonton video tersebut dan menyatakan pelajar itu mempunyai masalah kesihatan mental.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Gila betul, ingat alat sulitnya bagus sangat ke nak ditunjuk-tunjuk. Nak salahkan seluar jeans pula, betul-betul tak siuman orang ni. Bayangkan kalau ada kanak-kanak, boleh tak orang macam ni dilaporkan kepada polis?”

“Penampilannya terurus tetapi ada masalah otak”


“Memang gila, rasanya dia ada penyakit sebab itu dia buat perangai tidak normal,” kata dari netizen.

BERITA TRENDING: Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

BERITA TRENDING: Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

BERITA TRENDING: Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

BERITA TRENDING: PAPUH Nafi Dakwaan Terlibat Kartel Pakej Umrah


Setakat artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih 1.5 juta tontonan di aplikasi X dan 8,500 butang suka.


Sumber: Detik.com dan X

#Universiti #Pelajar #Kedai #Pekerja #Kemaluan #tunjuk #serbaneka
;