,
Hollywood

Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

Maliah Surip
02/10/2024
07:55 MYT
Kisah skandal terkutuk mogul Hip Hop, Sean Diddy Combs berkaitan pemerdagangan seks menjadi semakin hangat apabila bukti demi bukti ‘dibentangkan’ di mahkamah.

BERITA TRENDING: Banyak Tikus, Wanita Dakwa Sean Diddy Combs Mungkin Mati Dalam Penjara

Terkini, pihak peguam yang diwakili Tony Buzbee mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun antara 120 mangsa serangan seksual yang dilakukan bintang Hollywood itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Combs didakwa telah melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut sewaktu dia hadir untuk melakukan uji bakat di Studio Bad Boy Records di New York.
“Ada ramai juga kanak-kanak lelaki lain yang menjalani uji bakat di sana.
“Mereka berusaha mendapatkan kontrak menjadi artis. Ada yang telah menerima gangguan seksual tetapi tidak seteruk kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ini.
“Dia telah menerima gangguan seksual daripada Combs dan beberapa individu lain di studio.
“Combs berjanji akan memberikan kontrak menjadi artis kepada ibu dan bapanya,” tulis kenyataan tersebut seperti dilaporkan People.

BERITA TRENDING: Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

Buzbee juga mendakwa mangsa serangan seksual Combs, 54, terdiri dalam kalangan lelaki dan perempuan dengan 55 peratus daripada mereka memfailkan aduan selepas mendapat kebenaran daripada pihak hospital.
Kebanyakan mangsa juga mendakwa telah didera secara seksual sewaktu ikut serta ke parti seks dan semasa melakukan uji bakat di beberapa lokasi termasuk di Los Angeles, Miami dan Manhattan di antara tahun 1991 sehingga 2024.
Mereka juga dakwa Buzbee telah diberi dadah sebelum diperkosa atau menerima serangan seksual daripada bintang yang sedang dipenjara itu.

BERITA TRENDING: Sean Diddy Combs Disaman Kali Ke-9 Dari Bekas Pelakon Porno, Dipaksa Melacur

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Willy Upah Chef Peribadi Sebab Tak Tahu Masak

gempak
02/10/2024
05:22 MYT
Pelakon cantik Nikita Willy menyelesaikan masalah tidak tahu memasak dengan mengupah seorang chef peribadi.
Viral

PAPUH Nafi Dakwaan Terlibat Kartel Pakej Umrah

gempak
01/10/2024
17:38 MYT
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (Papuh) menafikan dakwaan mengatakan pihaknya terlibat dalam kartel pakej umrah.
Viral

Disangka OKU, Lelaki Sanggup Berlakon Kurang Upaya Untuk Raih Simpati Bila Berniaga

gempak
01/10/2024
15:25 MYT
Isu penipuan dalam kalangan peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia.
Viral

3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

gempak
01/10/2024
09:55 MYT
Kepercayaan semestinya satu faktor utama dalam menjayakan sesuatu perhubungan.
Viral

“Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

gempak
01/10/2024
01:25 MYT
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal mengakui masih menghormati Jofliam sebagai suami walaupun berdepan dengan masalah rumah tangga.
BorakSeeni