Sejak malam semalam, media sosial dihujani pelbagai ucapan tahniah daripada orang ramai kepada juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov selepas menewaskan Conor McGregor dalam pertarungan Seni Beladiri Campuran (MMA) UFC 229.

Khabib menerusi Instagramnya, @khabib_nurmagomedov turut menyatakan penghargaannya pada mereka yang memberi sokongan padanya selama ini.

"Apabila Allah bersama anda, tiada siapa boleh menghancurkan anda. Tiada siapa," katanya.

Это конечно не то, чему Отец меня учил, но это было дело чести. Победа за нами, пояс у нас. When Allah with you, nobody can broke you. nobody. Thank you so much guys for support. #Alhamdulillah #Честь

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on


Ramai netizen memberikan ucapan tahniah dan mengucapkan rasa syukur atas kemenangan Khabib yang turut memberi kebanggaan pada umat Islam di seluruh dunia.

Dalam sedutan video pertarungan itu yang dimuat naik di media sosial menyaksikan Khabib membelasah McGregor dalam gelanggang sehingga lawannya itu lunyai.
Apa yang lebih mengejutkan, Khabib yang berasal dari Russia bertindak melompat keluar dari gelanggang perlawanan lalu menyerang penyokong McGregor.

Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan provokasi daripada pihak lawannya yang didakwa mempersendakan Islam dan keluarganya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @khabib_nurmagomedov