Laman Utama
Joe Biden Jadi Presiden AS, Lady Gaga Menyanyi, Mark Ruffalo Kata: "Mimpi Buruk Telah Berakhir"
Joe Biden akhirnya rasmi dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 dan Kamala Harris sebagai wakil presiden di Capitol Hill, Washington D.C semalam.
Pelantikan Biden disambut penuh bahagia oleh seluruh rakyat yang menanti 'turun takhta'nya Donald Trump sebagai orang nombor satu di AS.
Turut merayakan kemenangan dan rasminya Biden sebagai presiden adalah barisan selebriti.
Antaranya termasuklah penyanyi Lady Gaga yang diketahui tak pernah bersembunyi menyokong Biden sejak dulu lagi.
Sebagai tanda sokongan, Gaga dilihat muncul dalam upacara pelantikan Biden dan menyanyikan lagu kebangsaan US, Star Spangled Banner.
"Adalah satu penghormatan buat saya untuk menghabiskan beberapa saat bersama lelaki dan wanita hebat ini," tulis Gaga dalam kemas kini di Instagramnya sehari sebelum naik ke atas pentas pelantikan Biden, semalam.
Selain Gaga, pesohor lainnya seperti Jennifer Lopez turut hadir ke upacara yang juga dihadiri oleh mantan Presiden AS sebelum ini termasuk George W Bush dan Barrack Obama.
Sementara itu meninjau di platform media sosial seperti Twitter dan Instagram, ramai selebriti ikut merayakan kemenangan Biden.
Salah seorang ialah Rihanna yang memuat naik fotonya mengangkat plastik sampah berwarna hitam sebagai satu simbolik dengan kapsyen yang dipetik dari kata kata Kamala Harris: "Saya di sini untuk membantu anda."
Penyanyi Demi Lovato pula menyifatkan pelantikan Biden adalah kesempatan untuk AS kembali bersatu setelah sempat terpecah belah kerana perbezaan politik.
Bagi pengarah tersohor Mark Ruffalo pula, beliau mencuit kalahnya Trump dalam pemilihan AS 2020 adalah sebuah mimpi buruk yang telah berakhir.
"Dia akhirnya pergi. Mimpi buruk telah berakhir. Kepresidenan Toilet Emas sudah berakhir. Sampah adalah sampah, tidak peduli di mana ia diletakkan," kata Ruffalo.
Terdahulu, dalam ucapan sulungnya, Biden berikrar untuk menjadi Presiden yang dipercayai oleh seluruh rakyat Amerika.
"Saya berjanji kepada anda: Saya akan menjadi presiden untuk semua rakyat Amerika," lafaznya.
Kredit Foto: Getty Images
Must-Watch Video