Hiburan

John Cena Terima 'Lamaran' Bintangi Sekuel Suicide Squad?

Kamaruddin Razal
19/04/2019
12:34 MYT
Bintang WWE terkemuka, John Cena dilaporkan 'dilamar' untuk membintangi sekual filem Suicide Squad, lapor Astro Awani.
Menurut sumber terdekat syarikat terbitan Warner Brothers kepada portal Variety, Cena sedang berbincang dengan pihak produksi untuk sertai barisan pelakon hebat seperti Margot Robbie dan Idris Elba.
Bagaimanapun, Warner Brothers masih belum keluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai lamaran ini.
Watak yang akan dibawa oleh Cena dan Elba juga masih belum didedahkan kepada umum.
Jika benar lamaran ini terhadap Cena, sekual ini akan menjadi watak pertama dari watak komik yang dilakonkan.
Bekas ahli gusti ini sudah sering kali muncul dalam lakonan filem dan terbaharu filem yang dibintangi seperti Blockers dan Bumblebee mendapat sambutan hangat.
Terdahulu, filem Suicide Squad yang dibintangi Will Smith, Robbie dan Jared Leto berjaya catat kutipan global box office AS$746.8 juta.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

John Cena B*gel Di Oscars 2024, Beri Penghormatan Pada Peristiwa Ini…

gempak
11/03/2024
05:25 MYT
Anugerah Oscar 2024 berakhir dengan seribu satu cerita. Salah satunya tentulah aksi ahli gusti terkenal, John Cena yang tampil di atas pentas tanpa seurat benang!
Hiburan

Jadi Peminat Setia, John Cena Tawar Diri Jadi Bodyguard BTS

gempak
12/07/2018
22:43 MYT