Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Johor Bahru Bakal Cipta Bandar Teknologi Ai, Kos Anggaran RM5 Juta - "Target Kami 50% Pelancong ..."

Amri Hassan
02/07/2024 18:50 MYT
Penubuhan Persatuan Usahawan IoT Antarabangsa bakal mencipta sebuah bandar pertama di dunia dengan teknologi Ai Robot di Johor Bahru dengn anggaran kos RM5 juta.

BERITA TRENDING: Imej AI All Eyes on Rafah Dominasi Media Sosial, Dikongsi Lebih 45 Juta Wargamaya

BERITA TRENDING: Imej AI Dalam Template ‘All Eyes On Rafah’ Ini Dijana Oleh Rakyat Malaysia

Sistem IoT merupakan satu-satunya sistem Ai menghubungkan rangkaian industri digital memandangkan struktur ekonomi dunia sedang bergerak ke arah digitalisasi.

Semua perniagaan tradisional perlu disesuaikan dengan persekitaran digital melalui IoT untuk mewujudkan ekosistem IoT.

Menurut Datuk Seri Steven Yong, lima ke sepuluh tahun akan datang, IoT akan menjadi penanda aras penting dalam pembangunan negara dan akan membawa kepada perubahan besar dalam pelbagai bidang.

"IoT bermakna ‘Internet of things’ maksudnya, selain kita punya badan dari baju sehingga kaca mata dan segalanya sekalipun akan berhubung dengan internet melalui chip, jadi apabila anda berada di bandar ini lifestyle akan bertukar, bagaimana ia bertukar kerana semua pakai internet.

"Sebagai contoh apabila kita pergi ke restoran Ai robot akan layan kita sebelum duduk, robot ini juga akan tahu siapa yang akan datang dan menu makanan juga dia akan tahu apa yang kita mahu, kenapa robot itu tahu kerana kita tahu ada data yang besar sudah simpan.

"Selain itu mereka yang membeli kediaman akan diberikan 3 Ai robot dalam satu rumah, seperti robot untuk memasak, robot untuk jaga kesihatan dan robot cuaca," katanya.

BERITA TRENDING: Buat Bisnes Cipta Gambar B*gel Guna AI, Warganet Luah Rasa Risau: “Kurangkan Kongsi Rupa Diri Di Media Sosial”

BERITA TRENDING: Elvis Presley Hidup Semula, Bakal Jayakan Konsert Dengan Teknik AI

Johor Bharu merupakan kawasan yang tepat untuk menarik pelabur ke dalam negeri terutamanya golongan pelancong untuk membeli kediaman dengan gaya hidup mewah dan sihat.

"Target kami 50 peratus adalah pelancong kerana lifestyle mereka yang tinggi, kita fokus orang luar dari Singapura, China, Jepun dan Taiwan akan masuk ke smart city sebab itu kita memilih Johor tambahan tanahnya luas," katanya.

Steven juga menjangkakan dalam tempoh 10 tahun akan datang diramalkan dunia akan mempunyai dua jenis manusia iaitu manusia baru dan manusia lama.
#Target #Bandar #Teknologi #AI #Johor Bahru #Pelancong #Kos
;