,
Laman Utama

Jom Nikmati Keseronokan ‘Omotenashi’ Di Wilayah Tohoku, Jepun Bersama Yaya & Tomo-Chan!

Gempak
23/12/2022
06:30 MYT
Umum mengetahui negara Jepun penuh dengan keunikan budaya, makanan yang sedap, bahasa mereka yang unik serta kawasan yang menarik untuk dikunjungi.
Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah wilayah Tohoku. Meskipun bercuti di banyak negara sekali pun, anda tidak akan dapat nikmat yang sama sekiranya melawat ke wilayah Tohoku.
Apa yang menariknya di Tohoku ini? Jom kami kongsikan kepada anda!
Tohoku merupakan sebuah wilayah yang terletak di utara negara Jepun.Terdapat beberapa buah daerah di dalam wilayah itu seperti Aomori, Akita, Yamagata, Miyagi, Fukushima dan Iwate.
Setiap pelancong yang hadir ke wilayah itu pastinya akan merasai nikmat ‘Omotenashi’ daripada masyarakat setempat. ‘Omotenashi’ membawa maksud keramahan atau layanan baik.

1.Nelayan ternak tiram

Di daerah Miyagi sangat terkenal dengan aktiviti menternak tiram oleh masyarakat setempat yang mana ia juga merupakan sumber pendapatan mereka.
Anda berpeluang menyaksikan bagaimana proses nelayan membuat rumah tiram dan kemudian dibawa ke tengah laut untuk memastikan tiram tersebut membiak dan membesar.
Paling best bila anda dapat merasai nikmat makan tiram fresh dari laut sekiranya anda singgah di mana-mana restoran berdekatan. Memang sedap!

2.Menginap di Ryokan

Selain itu, jika anda betul-betul mahu merasai pengalaman ‘Omotenashi’, anda boleh melawat daerah Aomori dan menginap di Ryokan.
Ryokan merupakan tempat penginapan gaya tradisional Jepun. Ryokan menyediakan perkhidmatan yang menarik termasuk bilik yang luas, pemandangan dari bilik cantik dan paling seronok anda ada kolam air panas persendirian dalam bilik. Wah macam dekat sauna tau!

3.Makan di Nanbu Magariya

Tak lengkap sebuah percutian kalau tak merasai makanan tempatan di tempat yang anda kunjungi.
Anda boleh menikmati makanan di restoran Nanbu Magariya. Anda boleh pesan pelbagai juadah yang anda mahu. Paling penting ia adalah halal! Tak perlu rasa ragu-ragu, perut pun kenyang.
Menariknya lagi, makanan yang dihidangkan kepada anda disusun dengan kemas dan nampak menyelerakan. Barulah semangat nak makan!

4.Aktiviti menarik

Sementara itu, keseronokan merasai ‘Omotenashi’ boleh dinikmati dengan menyaksikan persembahan festival Nebuta. Festival tersebut merupakan festival musim panas terkenal di wilayah Tohoku.
Antara pengisian persembahan termasuk kereta berhias, alunan muzik, paluan gendang dan tarian etnik masyarakat setempat.
Dalam pada itu, anda juga boleh menikmati jus buah epal Aomori yang menghilangkan rasa dahaga, menaiki pedati (kereta kuda) dan melakukan aktiviti membuat kraftangan Koginzashi.
Ternyata banyak keunikan ‘Omotenashi’ yang anda akan rasai sekiranya melancong ke Tohoku, Jepun. Yaya bersama rakannya Tomo-chan akan bawa anda menjelajah seluruh wilayah Tohoku bagi merasai sendiri keseronokan ‘Omotenashi’.
Untuk mengetahui apa lagi yang ada di Tohoku, saksikan kesemua episod penuh Fly With Yaya Omotenashi di sini Ikuti juga Fly With Yaya di laman sosial Instagram, Monsta Facebook dan Youtube untuk lebih info terkini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Advertorial

Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

gempak
16/05/2024
13:25 MYT
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!