“Jom Pakat Raya Selasa” - Rumah 'Lintang Pukang', Bahan Masak Tak Cukup, Netizen Cadang Supaya…
Pengumuman bahawa umat Islam akan menyambut raya pada hari ini (2 Mei 2020) masih menjadi topik ‘hangat’ netizen.
Ini kerana rata-ratanya yakin bahawa hari raya akan jatuh pada Selasa, 3 Mei 2020.
Disebabkan itu juga, ramai yang menjadi kelam kabut kerana belum membuat persediaan raya termasuklah membeli barangan mentah, mengemas rumah dan juga pulang ke kampung halaman.
Paling menarik, menerusi pemantauan Gempak di Twitter, kebanyakannya mengambil keputusan untuk menyambut sederhana pada hari ini dan akan ‘all out’ pada Selasa berikutnya.
Malah, ada juga yang berseloroh hari ini merupakan ‘rehearsal’ manakala sambutan penuh pada Selasa.
“Pakat la ramai-ramai raya Selasa. Esok ni datang solat raya je, lepas tu prepare la cari bahan, masak semua. Buat tak perasan je esok raya. Kita raya selasa je”.
“Esok rehearsal je. Practice cara menghidang, cara menyapa tanpa bersalam peluk cium, practice ayat ramah mesra. Boleh try susun dulu macam mana nak tangkap gambar family. Sesi latihan tamat around lunch hour. Pastu semua leh sambung masak and iron baju,” tulis beberapa warga Twitter.
Pun begitu, ada juga yang merungut kerana banyak bahan untuk memasak masih belum tersedia.
“Rumah tak kemas lagi, nak cari bahan kat mana kalau semua tutup balik cuti raya esok?”.
“Tapi masalah nya. Kedai buka ke esok?,” tulis beberapa netizen.
Terdahulu, pengumuman raya telah dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 3 April lalu.
Gambar: BernamaPakat la ramai-ramai raya selasa.Esok ni datang solat raya je. Lepas tu prepare la cari bahan, masak semua. Buat tak perasan je esok raya. Kita raya selasa je ?— Fakhrullah Samerin (@fakhrul_samerin) May 1, 2022