Semua pelanggan Astro boleh mengambil bahagian dalam kelas mahir memasak secara maya bersama pakar kulinari dan chef selebriti terkenal, Sherson Lian, ‘Level Up! On The Table with Chef Sherson Lian’.

Teruja untuk berinteraksi secara alam maya dengan peserta kelas memasak tersebut, kata Sherson, peluang ini tidak patut dilepaskan untuk menimba ilmu dalam bidang masakan.

"Saya berharap dapat berhubung dengan lebih ramai peminat saya semasa kelas memasak ini.

"Saya percaya bahawa sesiapa sahaja boleh memasak dan saya teruja kerana berpeluang membawa tetamu saya ke dalam perjalanan kulinari yang diharapkan dapat memberi lebih kebahagiaan kepada mereka di dapur," katanya.

Pelanggan boleh mendaftar dari sekarang hingga 14 November 2020 melalui laman web Astro Rewards untuk menempah tempat mereka.

Dalam program tersebut, pelanggan dapat memperdalam pengetahuan memasak mereka dan belajar bagaimana menyediakan dua hidangan lazat khas, hidangan utama dan hidangan pencuci mulut, bersama chef dari program masakan popular '5 Rencah 5 Rasa' dan 'Family Kitchen with Sherson'.

Sebanyak 15 pelanggan terpilih juga akan mendapat peluang eksklusif untuk berinteraksi secara maya dengan Chef Sherson Lian semasa kelas mahir memasak ini melalui Zoom pada 28 November, jam 11 pagi.

Pelanggan yang tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam peluang interaktif ini, secara alternatif boleh menstrim 'Level Up! On The Table with Chef Sherson Lian’ di Facebook Live yang tersedia untuk semua rakyat Malaysia termasuk bukan pelanggan Astro.

Anda juga boleh mengakses kelas memasak alam maya itu melalui ‘The Jiffies’, sebuah portal berita, gaya hidup dan hiburan tempatan.

Untuk maklumat lanjut dan membuat pengesahan kehadiran (RSVP) untuk menyertai kelas pakar memasak secara langsung ini, layari Astro Rewards.