Pada 13 Mac 2023, pelanggan Astro boleh menyaksikan siaran langsung anugerah The 95th OSCARS, bermula 6.30 pagi untuk karpet merah dan 8 pagi untuk majlis anugerah, menerusi SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) dan Astro GO.

Pelanggan juga boleh menyaksikan siaran ulangan pada hari yang sama, 7.30 malam dan 9 malam untuk karpet merah serta majlis anugerah, di SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) atau strim di Astro GO.

Anugerah The 95th OSCARS, antara anugerah berprestig yang akan dihoskan oleh Jimmy Kimmel, pelawak dan hos TV, akan meraikan karya-karya terbaik filem di tahun 2022 dari serata dunia, ditayangkan secara langsung dari Dolby Threatre, Ovation Hollywood, Los Angeles.

Peminat boleh menyaksikan pemenang-pemenang untuk setiap kategori termasuk ‘Best Actor dan Actress’, ‘Best Picture’, ‘Best Internartional Feature Film’, ‘Best Animated Feature’, ‘Best original Song’, ‘Live Action Short Film’, ‘Best Director’, ‘Best Documentary Feature’, ‘Best Visual Effects’, ‘Best Cinematography’ and banyak lagi.

Rakyat Malaysia juga boleh memberi sokongan kepada pelakon wanita berbakat Malaysia, Tan Sri Datuk Michelle Yeoh, dicalonkan dalam kategori ‘Best Actress’ menerusi filem ‘Everything Everywhere All At Once’.

Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh menyaksikan filem-filem yang dicalonkan dalam anugerah The 95th OSCARS termasuk:

o Top Gun: Maverick (6 pencalonan), Everything Everywhere All At Once (11 pencalonan), Elvis (8 pencalonan), The Batman (3 pencalonan) di On Demand dan Astro GO.

o All Quiet on The Western Front (9 pencalonan), Blonde (1 pencalonan), RRR (1 pencalonan), The Martha Mitchell Effect (1 pencalonan), The Elephant Whisperers (1 nomination) tersedia di Netflix menerusi Ultra Box.

o Avatar: The Way of Water (4 pencalonan), Black Panther: Wakanda Forever (5 pencalonan), Turning Red (1 pencalonan), The Banshees of Inisherin (9 pencalonan) di Disney+ Hotstar menerusi Ultra Box.

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my