Astro Ceria membawakan siri komedi berjudul Fam I Love You (Family) yang akan mula ditayangkan malam ini!

Family yang bedurasi selama 30 minit ini akan bersiaran selama lapan episod pada setiap Isnin, pukul 9.00 malam di Astro Ceria HD (611) dan Astro Ceria (631).

Family mengisahkan tentang keluarga Shahir yang merupakan seorang kontraktor berpendapatan sederhana bersama isterinya Marissa (suri rumah sepenuh masa), anak remajanya Qalisha yang ingin menjadi pengaruh media sosial dan Iman yang masih bertadika.

Suasana berubah apabila ibu dan ayah Shahir (Fatimah dan Rahman) telah datang ke rumah mereka tanpa diduga sehingga menyebabkan Marissa berasa kurang senang.

Akibat penularan wabak pandemik yang tidak dijangka, Fatimah dan Rahman yang sepatutnya mengunjungi terpaksa tinggal jangka lama.

Keluarga Shahir tidak sahaja berdepan dengan norma baru tetapi terpaksa menyesuaikan keadaan apabila tinggal bersama orang tua mereka yang dramatik!

Siri komedi ini menampilkan lakonan mencuit hati dari barisan pelakon seperti Norman Hakim, Shakilla Khoriri, Razak Ahmad dan ramai lagi.

Ia turut menampilkan watak cameo daripada Syazwan Zulkifly, Zulin Aziz dan Erissa Puteri.

Jom bonding dengan Family anda sambil gelak ketawa tengok telatah keluarga Shahir! Jangan lupa setiap Isnin, jam 9 malam!