Kemunculan single terbaru berjudul Sucker dari kumpulan adik beradik Jonas Brother membuktikan kumpulan adik beradik itu akan kembali selepas enam tahun berpecah.

Menariknya, muzik video lagu tersebut menampilkan tunang dan isteri mereka iaitu Sophie Turner, Priyanka Chopra, serta Danielle Jonas sebagai bintang cameo.

Bukan sahaja muncul dengan lagu dan muzik video terbaharu, Boyband itu juga akan muncul dengan sebuah filem dokumentari yang akan diterbitkan oleh Amazon Studios.

Dokumentari tersebut dikhabarkan akan memaparkan kisah di sebalik tabir kumpulan ini dalam menjayakan konsert jelajah.

Buat masa ini tarikh tayangan masih belum dikeluarkan oleh pihak Amazon.

Kumpulan muzik berkenaan mengumumkan perpisahannya pada Oktober 2013 hanya beberapa hari selepas mereka membatalkan jelajah konsert serta menutup akaun di media sosial Twitter.

Sumber: Astro Awani