Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

Amri Hassan
13/04/2024
12:00 MYT
Hampir setahun tiada sebarang tawaran kerja selepas tersingkir daripada finalis program Hero Remaja 2021 antara kenangan yang tidak boleh dilupakan pelakon baharu, Farhan Nordin.

Jual air kopi tepi jalan

Menurut Farhan, 26, ketika itu adalah waktu penularan virus Covid-19, justeru peluang pekerjaan sangat sukar menyebabkan Farhan nekad menjual air kopi di tepi jalan bagi meneruskan kelangsungan hidup di Kuala Lumpur.
"Selepas program Hero Remaja tamat hampir setahun saya menunggu tawaran lakonan dan diakui kehidupan agak sukar waktu itu.
"Jadi, saya dan beberapa orang rakan menjual air kopi demi mencari rezeki. Tetapi perniagaan hanya sempat berjalan selama tiga bulan sebelum khemah kami diangkut oleh majlis perbandaran," ujar Farhan.

BERITA TRENDING: Gigit Jari! Cincin Kahwin Awal Ashaari Hilang Ketika Minum Kopi Di Milan - "Dalam Beg Tu Ada Banyak Barang Sentimental"

PILIHAN PEMBACA: Wanita Ini Berhabis RM1,216 Demi Secawan Kopi, Dan Ini Reaksinya…

Pramugara jadi pelakon

Sungguhpun begitu, minat terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar dan anak kelahiran Johor ini berpeluang membintangi drama Cempaka Malaya di RTM pada 2022.
"Diakui dalam tempoh setahun saya agak kecewa dan rasa seperti tiada harapan untuk menjadi pelakon.
"Tetapi sebab memang sudah minat, saya kerja apa sekalipun lakonan tetap di hati," katanya.
Demi meneruskan kelangsungan hidup Farhan kini merupakan pramugara Air Asia, tetapi dalam masa masih meneruskan impiannya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah, berkat usaha rezeki tidak pernah salah alamat. Saya bersyukur bermula awal tahun ini tawaran lakonan sudah mula ada dan saya pun memang serius mahu berlakon.
"Saya berlakon bukan untuk glamor sebab kerja sebagai pelakon bukan mudah dan memenatkan. Namun, sebab memang saya minat saya tidak rasa penat," kongsi Farhan yang memiliki ijazah sarjana muda TESL pengkhususan dalam pendidikan dari Management and Science University (MSU).

BERITA TRENDING: Aizat Saha Sudah Tidak Bergelar Pramugara? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan

Telefilem raya

Sempena sambutan Aidilfitri, Farhan bakal muncul dengan telefilem raya berjudul Kurung Kerawang Untuk Adik yang disiarkan pada raya ketiga di Astro Ria.

BERITA TRENDING: Senarai Telefilem Raya Best Yang Korang Boleh Layan Di Astro Syawal Ini!

Dalam telefilem tersebut, Farhan yang juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) itu bergandingan dengan pelakon Syafie Naswip, Noorkhiriah, Hariz Hamdan dan Idzham Ismail.
"Saya sangat teruja apabila dapat berlakon bersama-sama pelakon berkaliber. Walaupun pelakon seperti Syafie Naswip, Noorkhiriah dan Hariz lebih banyak pengalaman daripada saya, mereka tidak lokek berkongsi ilmu lakonan.
"Disebabkan berlakon dalam drama ini adrenalin untuk aktif semula dalam dunia lakonan membuak-buak," kata Farhan yang turut aktif dalam sukan bola sepak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.