Padi, sebuah nama besar dari republik Indonesia yang pernah suatu ketika menyihir pendengar di Malaysia.
Belum hilang bisanya, Padi menerusi konsert Padi Reborn Live In KL pada hujung minggu lalu jadi bukti setianya peminat mereka dari Malaysia.
Pentas KL Live yang pernah menjadi saksi ribuan bintang beraksi kini meletakkan Padi antara kejora yang masih berkerdipan.
Jadi, tidak adil sekiranya kami tidak berkongsi momen-momen serba indah dan paling 'merinding' semasa berlangsungnya Konsert Padi Reborn Live In KL di KL Live, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
1. Memang seram sejuk, konsert Padi Reborn memainkan semula lagu-lagu malar segar mereka seperti Mahadewi, Semua Tak Sama, Seperti Kekasih dan pastinya Menanti Sebuah Jawaban.
2. Padi turut menampilkan drummer cilik, Amira dalam segmen khas mereka. Memang power budak ni!
Malam sebelum konsert @opiesofia mesej saya, "Berminat jadi emcee konsert padi esok?" Saya terkedu dan tutup handphone saya. Hati saya dup dap dup dap, pergi toilet buat-buat buang air dan jerit dari dalam toilet. "Yangggg, Opie tanya nak jadi emcee Padi ke tak? Gilaaaaaaa!" Amar terkejut sebelum ketawa sekuat-kuatnya. Saya keluar toilet, jalan mundar-mandir, tarik nafas dalam-dalam dan jawab mesej Opie dengan penuh getaran. The rest is history. _ Meremaja dan tumbuh dewasa dengan lagu-lagu Padi. Setiap satunya ada kisah peribadi tersendiri yang mewarnai perjalanan hidup saya. Beberapa lagunya menjadi latar video-video pendek yang pernah saya bikin. Fadly adalah vokalis kegemaran saya, tiada yang dapat menandingi keromantisan dan kesayuan suaranya. Lirik-lirik Padi adalah puisi kehidupan dan kemanusiaan. Saya mengikuti Kugiran ini dari dulu sehinggalah mereka bersatu kembali dengan Padi Reborn. Jadi adakah saya akan berkata tidak pada permintaan Opie Sofia? _ Setelah konsert semalam, ternyata @padiband akan kekal relevan sebagai kugiran yang menginspirasikan. Bertenaga, penuh dinamik dan sangat membumi. Bangga dan terharu menjadi sebahagian sejarah ini. _ Terimakasih @naque_ariffin atas tenaga, act react dan persahabatan kita. Semoga ada rezeki kita bekerjasama lagi. Terimakasih @opiesofia atas kepercayaan. Awak telah memberikan Sesuatu Yang Indah buat saya. Yang akan dikenang hingga akhir hayat. Saya harap tak menghampakan awak. ❤️ #mypadireborn #padirebornexclusive #padirebornliveinkl ? : @sifakap ?
A post shared by Fazleena H. (@fazleena) on Jun 30, 2018 at 7:07pm PDT
3. Manakala, Pita Hati membuka panggung acara Padi Reborn Live In KL pada malam minggu lalu.
4. Momen Aizat Amdan memang tak boleh dilupakan! Paling padu ketika Aizat berduet dengan vokalis Padi, Fadly menerusi lagu Kasih Tak Sampai.
5. Pendek kata, ada antara peminat yang mengalirkan air mata ketika konsert sedang berlangsung!
6. Aizat juga sempat menyanyikan lagu terbaharunya Sampai Ke Hari Tua sebagai buah tangan untuk peminat.
7. Sahabat Selamanya yang pernah menghiasi siri animasi Upin & Ipin turut didendangkan Padi.
8. Malah, ketika mempersembahkan lagu itu, Padi tampil menjulang bendera rasmi Malaysia, Jalur Gemilang. Meremang wei!
9. Konsert Padi Reborn berjaya mengimbau kenangan silam sejak lebih 20 tahun band itu ditubuhkan. Malah, ada peminat yang datang dengan dress-up ala 1990-an.
10. Nabila Huda, Wan Sharmila dan Ippo Hafiz antara selebriti tempatan yang memeriahkan konsert tersebut.
??
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on Jun 30, 2018 at 8:01am PDT
Konsert Padi Reborn Live In KL dibawakan oleh Qew Communications Sdn. Bhd. dan merupakan konsert pertama Padi di Malaysia.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @padiband, @selebritionline
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan" Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun" Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di