Laman Utama

Juliana Evans Bangga Wakili Negeri Sendiri

gempak
Asraf Aided
18/12/2020
05:40 MYT
Sponsor Banner
Juliana Evans Bangga Wakili Negeri Sendiri
Aktres jelita, Che Puan Juliana Evans telah dilantik sebagai duta kempen promosi pelancongan Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu selama dua tahun bermula semalam.
Menurut Juliana, dia mengajak orang ramai bercuti dalam negeri Selangor kerana banyak lokasi alam semula jadi yang tidak sesak, jadi, risiko penularan wabak COVID-19 adalah rendah.
"Sudah tentu agak mencabar untuk mengajak orang ramai melancong ketika kes COVID-19 masih tinggi di waktu ini, tetapi jika pergi sekadar bawa kereta, tanpa menaiki pesawat penerbangan, saya rasa itu masih okay.
"Bawa kereta jalan-jalan dalam negeri Selangor lebih mudah, saya ajak orang ramai sebab ianya selamat, lokasi-lokasi di Selangor juga banyak melibatkan alam semula jadi dan bukannya tempat yang sesak," katanya.
Juliana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran kempen berkenaan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam semalam.
Tambah Juliana, sebagai anak kelahiran Selangor, dia amat berbangga dilantik sebagai duta oleh kerajaan negeri berkenaan.
"Sebagai duta, saya rasa amat berbangga sekali kerana Selangor sangat dekat dengan hati saya. Saya suka mewakili negeri sendiri, sudah lama saya cintakan Selangor, malah saya sudah memiliki barang kemas iaitu loket yang berbentuk peta negeri Selangor sebelum ini," tambahnya lagi.
Sementara itu, Juliana turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor menerusi akaun Instagram miliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live