Pereka fesyen Jimmy Couture menjelaskan jumpsuit kelopak bunga berwarna merah rekaannya pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) merupakan cetusan ilham dari penyanyi Ashira sendiri.

BACA: Kata Netizen Jumpsuit Ashira Lucah & Seksi, Ini Komen Empunya Diri

Jelas Jimmy, dia memberika kebebasan kepada Ashira untuk menentukan pakaian yang mahu diperagakan pada konsert terbabit demi menjaga kualiti persembahan dan mood nyanyian.

"Dari minggu pertama sampai ke-8, saya yang menetapkan baju apa yang perlu Ashira pakai. Untuk separuh akhir ini saya berikan peluang kepada Ashira pilih apa yang dia nak.

"Dia nak outfit berinspirasikan persembahan asal Gwen Stefani cuma seluar dipanjangkan dan ditambah train pada belakang. Kita ikut apa yang Ashira mahukan supaya dia gembira dan menyanyi dengan baik.

"Artis ni kalau dapat apa dia nak, dia akan menyanyi dengan baik," katanya kepada Gempak.

Tambah Jimmy, netizen tidak sepatutnya memperbesarkan isu terbabit dan menganggap pakaian itu tidak kena pada pandangan mata mereka.

"Bagi saya tiada isu pun, kalau nak anggap itu lucah, bergantunglah...," tambahnya.

A post shared by JIMMY COUTURE (@jimmycouture)


Jumpsuit merah bercirikan kelopak bunga pada bahagian perut dan bahagian intim Ashira mendapat kritikan ramai netizen dan menganggap ia tidak bersesuaian digayakan dalam rancangan yang ditonton seisi keluarga.

Malah, ada yang menyifatkan pakaian yang terlalu ketat itu tidak sepatutnya dipakai penyanyi terbabit berdasarkan umur dan statusnya sebagai ibu tunggal.

Pentas Akhir minggu hadapan finalis bakal membuat tiga persembahan iaitu nyanyian solo, duet bersama bekas bintang GV7 dan pusingan battle.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan ulangan pada 11 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.