Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

Umirah Halim
27/06/2024 05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Kutuk rakan sekerja

Menerusi klip video yang direkod, kedua-dua wanita itu mendakwa lelaki yang mereka kutuk itu sebagai berlagak dan ‘perasan bagus’.

Bagaimanapun, salah seorang jurujual yang hanya mahu dikenali sebagai Fatihah memaklumkan bahawa kes tersebut masih di dalam proses penyelesaian dan pihak rakannya yang mengutuk itu telah pun membuat permohonan maaf secara peribadi kepada lelaki tersebut.

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

"Pada awalnya, lelaki tersebut hubungi pengurus kami dan meminta rakan saya untuk membuat permohonan maaf. Dan dia (rakan sekejanya) sudah minta maaf secara peribadi kepada lelaki tersebut. Tapi masih belum selesai sebab lelaki tersebut masih tidak berpuas hati selepas itu dia viralkan.

"Sekarang kami masih dalam proses untuk selesaikan ini dengan secara baik," katanya ketika dihubungi Gempak.

Media sosial diserang netizen

Sementara itu, Fatihah turut meluahkan rasa terkilan kerana media sosialnya telah diserang oleh netizen, sedangkan dia tiada apa-apa isu dengan lelaki tersebut.

"Saya tiada isu dengan lelaki itu urusan mereka, bila dah minta maaf itu sudah lah saya pun tak expect akan jadi begitu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tak mahu besarkan isu ini tapi tak adil lah untuk saya sebab saya punya media sosial dah kena serang juga, ada orang menyalahkan saya apa yang saya tak buat.

BERITA TRENDING: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah

"Ada yang mesej saya kecam sampai libatkan keluarga saya. Memang saya punya akaun tapi bukan saya yang cakap. Tapi saya dah nasihatkan dia untuk belajar daripada kesilapan," tambahnya.

#maaf #honda #Masih #Kutuk #Minta #Jurujual #'rakan' #sekerja
;