Baru-baru ini, profesyen kejururawatan menjadi bualan netizen apabila Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor menyifatkan jururawat wanita berpakaian ketat dan tidak mematuhi syariah.

Ramai yang memberikan pendapat masing-masing mengenai hal tersebut. Selain netizen, penyanyi dangdut Baby Shima turut memberikan pandangan tentang seragam barisan hadapan itu.

BACA: Isu Seragam Jururawat Ketat, Baby Shima Bersuara - “Seumur Hidup Saya Pergi Klinik Atau Hospital, Tak Pernah…”

BACA: “Saya Ingin Ucapkan Terima Kasih…” – Ebby Yus Cari Jururawat Selamatkan Nyawanya Dalam Kapal Terbang

Di sebalik isu ini, mungkin ada dalam kalangan kita yang hanya melihat profesion kejururawatan sebagai kerjaya yang mudah. Namun, tahukah anda, jururawat merupakan antara profesion tertua di dunia?

Jom semak 10 fakta menarik mengenai kerjaya kejururawatan:

1. Istilah nurse berasal daripada perkataan nourice yang bermaksud the one who nourish (yang memberikan khasiat)

2. Aksesori kepala atau nurse cap diinspirasikan daripada aksesori biarawati yang dikenakan untuk menjaga rambut agar tidak berselerak.

3. Sekolah kejururawatan pertama di dunia adalah di India, dan ditubuhkan pada 250 sebelum masihi.

4. Lucretia Lester merupakan antara jururawat paling disegani di dunia. Dia bukan sahaja seorang jururawat tetapi juga seorang bidan dan telah membantu kelahiran 1,300 bayi. Daripada jumlah itu, hanya dua kelahiran sahaja tidak berjaya.

5. Florence Nightingale, salah seorang ikon kejururawatan moden, sebenarnya hanya bertugas sebagai jururawat selama tiga tahun.

6. Tarikh 12 Mei yang dipilih sebagai Hari Jururawat juga adalah tarikh kelahiran Nightingale.

7. Nightingale paling dikenali kerana khidmatnya merawat anggota tentera yang cedera semasa Perang Krimea dari tahun 1853 hingga 1856.

8. Antara masalah kesihatan yang kerap dialami oleh jururawat adalah sakit tulang belakang (back injury).

9. Satu pertiga daripada jururawat dalam Angkatan Tentera Amerika adalah lelaki.

10. Kira-kira 41% daripada jumlah jururawat lelaki bertugas sebagai nurse anesthetists, yang bertanggungjawab dalam pengurusan anesthesia.

Sumber: Astro Awani