Jurusolek selebriti, Emmy Agung telah meninggal dunia pada lewat petang Isnin.

Khabar mendukacitakan itu dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya yang diambil alih oleh ahli keluarganya.

"Dukacita dimaklumkan Emmy telah menghembuskan nafas terakhir selepas maghrib tadi.

"Insya-Allah jenazah akan dikebumikan malam ini juga di Tanah Perkuburan Sungai Pusu.

"Didoakan semoga Allah mengampunyi, merahmati dan menempatkan beliau bersama-sama para Nabi, syuhada dan solihin," tulis pengendali akaunnya.

Emmy atau nama sebenarnya Yusshaimi Mohamed Yunus terlebih dahulu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri sejak minggu lalu.

Difahamkan punca kematian akibat kanser.

Sepanjang kariernya, Emmy pernah menatarias ramai selebriti tanah air antaranya Kaka Azraff, Mira Filzah, Elizabeth Tan, Sazzy Falak, Sharifah Amani dan ramai lagi.

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)


A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

A post shared by ghaz abu bakar (@ghazabubakar)