Skip to main content

Hiburan

Shuib Dedah Uwais Paling Lambat Bagi ‘Green Light’ Kahwin Dengan Watie Hanifiah - “Masa Pertama Kali Jumpa, Dia…”

Shuib Dedah Uwais Paling Lambat Bagi ‘Green Light’ Kahwin Dengan Watie Hanifiah - “Masa Pertama Kali Jumpa, Dia…”

Sekilas

  • Shuib mendedahkan anak sulungnya, Uwais Alqarni, adalah individu terakhir yang memberi lampu hijau sebelum dia berkahwin dengan Watie Hanifiah.
  • Uwais mengambil masa lebih lama untuk menerima Watie, namun kini hubungan mereka sangat rapat dan Uwais lebih banyak meminta sesuatu daripada Watie berbanding Shuib.
  • Shuib dan Watie berkahwin pada 23 Jun 2023, dan Shuib mempunyai empat anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Allahyarham Siti Sarah.
Advertisement

Pelawak dan usahawan, Shuib mendedahkan anak sulungnya, Uwais Alqarni merupakan individu terakhir yang ditunggu untuk mendapatkan ‘lampu hijau’ sebelum dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Watie Hanifiah.

Menurut Shuib, Uwais mengambil sedikit masa untuk memberi kata putus berbanding dua anaknya yang lain.

Advertisement

“Untuk kahwin, orang terakhir yang aku tunggu keputusan, dia (Uwais). Yang lain semua dah lulus lah, semua dah hijau, hijau, hijau, hijau, sampai dia, merah.”

“Dia cakap belum. Aku macam, ‘Aduh… bila Uwais?’. Dia matang bab benda tu. Jadi, aku tunggu jawapan terakhirlah daripada dia. Waktu nak kahwin itu,” kongsi Shuib.

Dalam pada itu, Shuib mengakui tidak pernah bertanyakan mengapa Uwais mengambil masa untuk menerima Watie dalam kehidupannya.

Advertisement

“Tak tahu, aku tak pernah tanya kenapa. Cuma dia cakap, ‘Belum masanya.’ Ha, itu sahaja.

“Mungkin sebab masa Watie baru kenal aku pun, Uwais jarang duduk dengan aku. Watie banyak jumpa Thalita dengan Matin.

“Masa pertama kali jumpa pun ketat saja muka dia,” tambahnya.

Bagaimanapun, Shuib mendedahkan ketika ini hubungan Uwais dan Watie sangat rapat sehinggakan anak sulungnya itu lebih banyak meminta sesuatu daripada Watie berbanding dirinya.

Malah, Shuib menyifatkan Uwais kini sangat manja dengan Watie dan sering berkongsi apa sahaja perkara dengannya.

“Tapi Alhamdulillah, bila dia betul izinkan sekarang ini dia manja gila dengan Watie. Terlalu manja.

“Sekarang, kalau apa-apa pun… contoh nak minta apa-apa, dia tak minta dengan aku tetapi dia minta dengan Watie. Apa-apa dengan Watie saja,” ujarnya.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.

Sebelum itu, Shuib berkahwin dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah pada 2011.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 12, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 5.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement