Bapa Zayn dakwa difitnah

"Saya dianiaya, ini semua fitnah," kata bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, di Mahkamah Majistret pada Jumaat.


Ia mengundang jeritan ahli keluarganya yang berkumpul di luar mahkamah.


Peguam, Fahmi Abd Moin mengesah telah dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu, tiba di mahkamah pada 8.25 pagi.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

BERITA TRENDING: Fahmi Peguam Baharu Ibu Bapa Zayn Rayyan


BERITA TRENDING: Datuk Zayn Rayyan Sahkan Sudah Lantik Peguam Baharu


BERITA TRENDING: Mahmud Sahkan Tidak Lagi Jadi Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan


BERITA TRENDING: Belum ada tangkapan lain selepas ibu bapa Zayn Rayyan direman - KPN



Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber: SINAR HARIAN

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.