#JusticeforZaynRayyan: Bukit Aman Minta Bantuan MCMC Sekat Maklumat Kononnya Fakta
Gempak
14/06/2024 06:22 MYT
14/06/2024 06:22 MYT
Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial, semalam.
Berikutan itu, katanya pihaknya akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autistik itu.
"Saya ingin katakan sekali lagi segala perkara yang membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
"Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak.
Mohd Shuhaily berkata, penyebaran maklumat tidak bertanggungjawab sebegitu bukan sahaja boleh menjejaskan perbicaraan, malah memberi kesan kepada pihak pendakwaan, peguam bela serta keluarga Zayn Rayyan sendiri.
"Kita akan menyiasat sehingga ke akar umbi untuk kenal pasti pihak yang menyebarkan maklumat berkenaan.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mendakwa pihak itu kerana segala penat jerih rakan-rakan (pasukan siasatan) yang lain dalam menyiasat (kes Zayn Rayyan) boleh tergugat dengan perkara yang berlaku ini," katanya.
Berikutan itu, beliau berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak MCMC untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan termasuk menurunkan kandungan berkenaan yang dikesan dimuat naik di satu akaun di Telegram.
Mengulas mengenai adik kepada Zayn Rayyan yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Shuhaily berpendapat tindakan JKM itu adalah berasaskan tanggungjawab moral dan undang-undang (morale and legal responsibility) pihak jabatan itu untuk berbuat demikian.
"Ia mungkin susulan JKM melihat adalah perlu bagi pihaknya mengambil anak kedua pasangan berkenaan susulan mereka sudah dituduh mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily menegaskan bahawa siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah selesai, namun tidak menolak meneruskan siasatan mengikut seksyen itu sekiranya ada keperluan untuk perbicaraan.
"Seperti saya katakan semalam, siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah tamat dengan pendakwaan semalam mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Namun perkembangan dalam perbicaraan itu sekiranya ada pendedahan (bukti) yang membawa kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) boleh mengarahkan kami dan kami sendiri akan menyiasat semula (mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan)," katanya.
Fahmi dalam sidang medianya di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam dilaporkan berkata polis masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mencari siapa pelaku sebenar.
Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro
Tidak dapat dipastikan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya sedemikian adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.Berikutan itu, katanya pihaknya akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autistik itu.
"Saya ingin katakan sekali lagi segala perkara yang membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
"Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak.
Mohd Shuhaily berkata, penyebaran maklumat tidak bertanggungjawab sebegitu bukan sahaja boleh menjejaskan perbicaraan, malah memberi kesan kepada pihak pendakwaan, peguam bela serta keluarga Zayn Rayyan sendiri.
"Kita akan menyiasat sehingga ke akar umbi untuk kenal pasti pihak yang menyebarkan maklumat berkenaan.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mendakwa pihak itu kerana segala penat jerih rakan-rakan (pasukan siasatan) yang lain dalam menyiasat (kes Zayn Rayyan) boleh tergugat dengan perkara yang berlaku ini," katanya.
Berikutan itu, beliau berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak MCMC untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan termasuk menurunkan kandungan berkenaan yang dikesan dimuat naik di satu akaun di Telegram.
Mengulas mengenai adik kepada Zayn Rayyan yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Shuhaily berpendapat tindakan JKM itu adalah berasaskan tanggungjawab moral dan undang-undang (morale and legal responsibility) pihak jabatan itu untuk berbuat demikian.
"Ia mungkin susulan JKM melihat adalah perlu bagi pihaknya mengambil anak kedua pasangan berkenaan susulan mereka sudah dituduh mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily menegaskan bahawa siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah selesai, namun tidak menolak meneruskan siasatan mengikut seksyen itu sekiranya ada keperluan untuk perbicaraan.
"Seperti saya katakan semalam, siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah tamat dengan pendakwaan semalam mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Namun perkembangan dalam perbicaraan itu sekiranya ada pendedahan (bukti) yang membawa kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) boleh mengarahkan kami dan kami sendiri akan menyiasat semula (mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan)," katanya.
Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kanak-kanak itu, bahawa siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih diteruskan sehingga pelaku sebenar ditemui.Fahmi dalam sidang medianya di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam dilaporkan berkata polis masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mencari siapa pelaku sebenar.