Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#JusticeforZaynRayyan: Ibu bapa Zayn Rayyan Dibenarkan Ikat Jamin RM20,000

Gempak
13/06/2024 04:21 MYT
Ibu bapa Zayn Rayyan Abd. Matiin yang didakwa atas pertuduhan mengabai kanak-kanak itu dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000.

Dibebas dengan jaminan polis

Tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf masing-masing berusia 29 tahun juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Sebelum itu, pasangan tersebut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabai anak mereka yang berusia enam tahun pada Disember tahun lalu.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Pengakuan mereka direkodkan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar Jalan PJU, Damansara Damai di sini pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga pukul 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Berikutan itu, mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Kosmo

#Bunuh #Autisme #Ibu #Bapa #Rayyan #Zayn #'kanak-kanak
;