Skip to main content

Berita Tempatan

#JusticeforZaynRayyan: Ibu Dibawa Pulang Ke Rumah, Lakon Semula Kejadian Kematian

astro-gempak-ibu-bapa-zayn-rayyan-lakon-semula.jpg

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Proses membawa ibu Zayn dipercayai dilakukan adalah untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn sehinggalah mayatnya ditemui pada 6 Disember lalu.

Berdasarkan tinjauan di lokasi, sebuah van polis tanpa logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa ibu mangsa ke lokasi kediamannya di Blok R pada jam 10.15 pagi tadi.

Setakat ini tiada maklumat diperoleh tentang mengapakah bapa Zayn dibawa le lokasi berkenaan bersama isterinya.

Difahamkan, wanita itu juga akan di bawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemui iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman yang dihuni keluarga berkenaan bagi melakonkan kejadian.

Sumber: BH Online

Must-Watch Video

Advertisement