Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#JusticeforZaynRayyan: Peguam Hantar Permohonan Kali Kedua Jumpa Ibu Bapa Zayn Rayyan

Gempak
10/06/2024 05:30 MYT
Peguam ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin akan menghantar permohonan kali kedua pada Isnin kepada pihak polis bagi bertemu dengan pasangan itu.

Peguam harap dapat jumpa ibu bapa Zayn Rayyan

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, pihaknya berharap dapat bertemu suami isteri itu sebelum tempoh reman enam hari tamat, Rabu ini.

“Buat masa ini, kami masih tidak diberikan akses untuk bertemu anak guam, malah kami tidak menerima apa-apa maklum balas daripada permohonan pertama.

“Justeru, kami akan menghantar permohonan kali kedua esok (Isnin) untuk bertemu mereka,” katanya pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu antara punca polis melanjutkan siasatan.

Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai usaha dalam lengkapkan kertas siasatan.

Ada perkara yang perlu disemak semula kerana ada perkara yang tidak selari serta konsisten daripada keterangan saksi dan sebagainya menjurus kepada tangkapan ibu bapa Zayn Rayyan.

Setakat ini, pihak polis telah memanggil pengasuh Zayn Rayyan dan dua ahli keluarganya untuk dirakam keterangan dalam tempoh reman pertama.

Jumaat lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Sumber: Sinar

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Peguam #Ibu Bapa #Permohonan #Jumpa #Rayyan #Nak #Zayn
;