Berita
#JusticeforZaynRayyan: Tiada Pengakuan Bersalah Daripada Ibu Zayn Rayyan - Peguam
“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.
Beliau mendakwa, majistret turut merekodkan bantahan peguam terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan wanita berusia 29 tahun itu.
Bantah permohonan
Peguam kepada ibu kanak-kanak itu membantah permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.Berita Trending: #JusticeforZaynRayyan: "Ada Percanggahan Keterangan Saksi, Ibu Bapa Zayn Rayyan" - Polis
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik Mahmud Sebagai Peguam” - Datuk Zayn Rayyan Perjelas Salah Faham
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis, Tertekan” - Peguam
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari
Pagi tadi, hanya ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu, dibawa untuk merekodkan keterangan selepas dilihat meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini, pada jam 12.50 tengah hari, pada Rabu.
Wanita berkenaan yang memakai baju lokap berwarna ungu, dikawal ketat pihak polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van polis pada jam 10.30 pagi sebelum dibawa masuk mahkamah.
Sumber: Sinar Harian