Laman Utama

Justin Bieber Tunda Konsert Di Malaysia, Sabar Jangan Kecewa Dulu, Ini Empat Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Mya Amri
07/10/2022
03:15 MYT
Peminat Justin Bieber di Malaysia meluahkan rasa sedih apabila konsert jelajah berskala besar iaitu Justice World Tour ditunda ke tahun hadapan.
Berita itu dimaklumkan oleh pihak penganjur, PR Worldwide dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di akaun Instagram mereka hari ini.
PR Worldwide menyatakan keputusan itu dibuat atas faktor mengutamakan kesihatan Justin yang menghidap penyakit Ramsay-Hunt (strok separuh muka).
“Baki tarikh pada beberapa lokasi untuk konsertnya akan ditunda dengan rasminya.
“Tetapan tarikh baharu akan dimaklumkan sebaik sahaja lokasi berkenaan tersedia,” jelas kenyataan itu.
Di sini kami kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang penundaan konsert berkenaan.
1.PR Worldwide memaklumkan konsert Justice World Tour yang dijadualkan pada 22 Oktober 2022 ini ditunda dan satu tarikh baru akan ditetapkan kemudian.
2.Pemegang tiket konsert boleh membuat permohonan sama ada untuk mengekalkan tiket atau memulangkan semula duit mereka di sepanjang tempoh 14 hari bermula 7 hingga 20 Oktober menerusi Borang Permohonan di [email protected]
3.Tiket yang sudah dibeli adalah sah sehingga tarikh baharu ditetapkan dan tiada sebarang caj tambahan.
4.Tiket baharu akan diperbaharui sebaik sahaja mempunyai tarikh tetap.
Terdahulu, Justin yang popular menerusi lagu fenomena Baby itu menghidap Ramsay-Hunt (strok separuh muka) sejak awal bulan 6 lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT