Berwibawa! Ketokohan itu yang mampu menjadikan pesona seseorang itu diangkat sebagai pemimpin masyarakat.
Tidak kira usia atau latar belakang parti, tidak mudah sebenarnya untuk mengemudi sesebuah jentera masyarakat dalam era yang semakin mencabar kini.
Kami beralih fokus pada generasi muda yang turut rancak berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok.
Jadi, kami senaraikan beberapa ahli politik muda yang bakal meneraju pimpinan negara masa hadapan, tanpa mengambilkira parti politik yang diwakili. Paling penting, mereka juga telah mencairkan hati rakyat Malaysia!
1. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dicalonkan mewakili kerusi Parlimen Muar untuk PRU14.
Bekas Juara Debat Asia dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini mempunyai ijazah undang-undang dan terkenal bukan sahaja kerana penglibatan politik dari usia muda tetapi kerana personalitinya.
Selalu mengajak ahli politik lain berdebat, beliau yang baru berusia 26 tahun ini pernah menjadi tajuk berita kerana menolak tawaran pendidikan Universiti Oxford demi meneruskan penglibatan dalam bidang politik.
2. Shahril Hamdan
Shahril merupakan exco Pemuda Umno Malaysia yang pernah terlibat dalam sektor minyak dan gas.
Graduan University of Manchester & London School of Economics ini berdarah kacukan Melayu sebelah ayah dan Cina sebelah ibu.
Sudah mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata pertama pada Julai ini.
Kini dicalonkan mewakili BN bagi kerusi Kuala Langat, Shahril juga merupakan ahli Parlimen Belia Malaysia sekitar 2014 hingga 2016.
3. Fahmi Fadzil
Fahmi akui tak menyesal tinggalkan pekerjaannya sebagai seorang jurutera kimia di sebuah syarikat Jepun.
Tetapi bukan kerana politik tetapi kerana mahu menceburi bidang teater dan menyertai politik ketika meneroka tema keadilan dan pembaharuan melalui persembahan dan puisi demonstrasi politik.
Artis harapan Anugerah Seni Boh Cameron 2006, berpendidikan dalam bidang kejuruteraan kimia dari Amerika Syarikat pada 2001.
Fahmi, 36, berkempen untuk PKR di Lembah Pantai sejak 1999 apabila parti itu masih dikenali dengan nama “Parti Keadilan Nasional”.
Menyertai PKR sebagai setiausaha politik Nurul Izzah dan ketua penerangan cawangan Lembah Pantai pada 2010.
4. Jo-Anna Sue Henley Rampas
Bukan nama asing bagi pengundi di Kiulu mewakili Parti Warisan Sabah.
Bekas ratu cantik berusia 29 tahun ini merupakan graduan dari University of London dalam jurusan undang-undang. Jo-Anna bukan hanya cantik dan pintar malah beliau pernah memenangi naib johan Bintang RTM 2009.
Beliau yang berdarah kacukan British-Dusun petah bertutur dalam bahasa tempatan.
Darah politik yang mengalir dalam dirinya bermula dari datuknya yang merupakan ketua suku kaun di Kiulu yang juga merupakan salah seorang peneroka yang memajukan Kiulu.
Selain itu, ibunya sendiri merupakan calon parti AKAR pada tahun 1994. Bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dari tahun 1999-2013.
5. Young Syefura Othman
Calon kerusi PKR, Dun Ketari, Young Syefura Othman, 29 atau Rara yang bertanding dalam PRU14 mencuri tumpuan masyarakat dengan rupa paras yang menawan dan penampilan bertudung.
Menurut satu laporan dari Sos Cili, sebelum menyertai politik, Rara sendiri cukup terkenal dan mempunyai kira-kira 5,000 pengikut di Instagram dan 7,000 di Twitter.
Rara mula menjadi bualan hangat berikutan keputusannya untuk menjadi ahli seumur hidup parti DAP pada tahun 2013. Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita muda yang tampil dengan imej bertudung itu mengenai keputusannya memilih DAP, parti yang lebih sinomim dengan kaum Cina.
Anak jati kelahiran Setiawan, Perak ini pelajar lulusan diploma dalam bidang kejururawatan.
Antara isu yang diperjuangkan oleh Rara dalam arena politik adalah lebih kepada isu gelandangan dan ibu tunggal.
6. Dyana Sofya Mohd Daud
Dyana, 31, berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia.
Wanita cantik ini merupakan seorang peguam Malaysia dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen dan bekas pemimpin. Dyana memperoleh ijazah sarjana muda dalam undang undang dari UiTM.
Dyana baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila disahkan bertunang dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Free Malaysia Today, Says, Hangat, The Vocket, Pepatung
Foto: Instagram, Carian Google
Amri Hassan
Tue May 08 2018
“Setelah Nampak Isteri Ditidurkan, Potong Perut 7 Lapis…” - Shila Amzah Kongsi Keadaan Ubai
Penyanyi Shila Amzah berkongsi keadaan dirinya dan suami yang juga pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ selepas beberapa hari melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Sambut Baik Blockout 2024, Kaka Azraff Sekat Beberapa Selebriti Antarabangsa Di Media Sosial
Penyanyi, Kaka Azraff menyokong gerakan Blockout 2024 yang dijalankan warganet sejak beberapa minggu lalu.
“Beliau Sendiri Pernah Bergelar Artis & Jadi Duta Kepada Jenama-Jenama 'Israhell'…” – Awal Ashaari
Pengacara dan pelakon Awal Ashaari tampil memberi respons susulan nama nya dan isteri Scha Al Yahya tersenarai di dalam nama selebriti yang perlu dboikot di dalam sebuah hantaran Wardina Safiyyah.
Netizen Risau Pokok Selalu Tumbang Di Ibu Negara, DBKL Disaran Ambil Tindakan
Semalam, kecoh tentang kejadian pokok tumbang yang berlaku di ibu negara dek kerana ribut dan hujan lebat. Oleh kerana insiden tersebut banyak menyebabkan kerugian dan juga kemalangan jiwa, netizen mula mengusulkan pendapat bahawa setiap pokok perlu di audit supaya perkara yang tak diingini dapat dielakkan.
Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.
Bukan Duta Produk Pro-Israel, Dahlia Rizal Mohon Maaf - “Saya Hanya Model..”
Isteri kepada pelakon Imran Aqil menjelaskan bahawa dia tidak mengikat sebarang kontrak bersama sebarang jenama pro-Israel seperti yang didakwa warganet.
Selepas 21 Minit Dimuat Naik, Aliff Aziz Like Vlog Rambut ‘Kejung’ Ruhainies Di Instagram
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktres sensasi, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat dramatis itu pasti meraih perhatian wargamaya.
Daiyan Trisha Dipersoal Kenapa Tutup Tarikh Pada Resit Sumbangan Gaza
Sumbangan Daiyan itu menerima pertikaian wargamaya gara-gara tarikh pada resit derma ditutup.
Kes Tuntutan Cerai & Hak Penjagaan Anak, Ippo Hafiz Gagal Hadirkan Diri
Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz gagal menghadirkan diri bagi sebutan kes penceraian dan tuntutan hak penjagaan anak yang difailkan isterinya, Fara Roslan di Mahkahmah Syariah Shah Alam.
Datin Red Cerai Tak Tuntut Nafkah, Kekal Hubungan Baik - “Saya Tahu Dia Tidak Sekejam Itu”
Bekas isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.