Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Kadang-Kadang Tak Sedap Di Telinga Kita Tapi Best Untuk Orang Lain,” - Rozita Izlyn

Mya Amri
17/11/2020 06:18 MYT

Bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Rozita Izlyn tidak berkecil dan dan bersikap terbuka dengan komen juri.

Menurut Rozita, teknik nyanyian adalah terlalu subjektif untuk dinilai dan terpulang mengikut pandangan setiap individu.

“Sebenarnya bila kita dah masuk sesuatu pertandingan kita kena bersikap terbuka apa sahaja komen juri kita kena terima.

“Tetapi itulah kalau kita nak bercakap mengenai nyanyian itu adalah perkara subjektif sebenarnya.

“Kadang-kadang benda itu tak sedap di telinga kita tetapi sedap di telinga orang lain.

“Seperti masalah vibrato ini pun memang banyak diperkatakan sebab ada di antara followers saya menganggap perkara itu adalah keunikan saya.

“Orang kata seperti trademark bila dengar sahaja dah tahu itu Rozita Izlyn. Itulah yang saya katakan nyanyian itu subjektif. Setengah orang suka setengah tak suka, terpulang kepada telinga masing-masing,” katanya kepada Gempak.

BACA: Badi Menyanyi Lagu Sendiri di GV, Risiko Tersingkir? Ini Jawapan Padu Rozita Izlyn!

BACA: Kurang Sihat, Rozita Izlyn Tersingkir Di Minggu Keenam GV7!   

Minggu ini konsert keenam Gegar Vaganza musim ketujuh menyaksikan Rozita Izlyn diumumkan sebagai bintang tersingkir.

Rozita yang berada di kedudukan terakhir menerima jumlah markah sebanyak 57.40%.

BACA: Corat-Coret GV7: Tatu Cliff Umar, Tudung Pendek Uyaina & Air Mata Yantzen...

BACA: GV7: Rozita Izlyn Badi Nyanyi Lagu Sendiri? Ini Recap & Komen Juri Minggu Keenam!

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.

#Gegar Vaganza #GV7 #Rozita Izlyn