,
Berita

Kadar Kesibukan Jalan Raya Dijangka Melonjak Mulai Hari Ini

Asraf Aided
10/06/2020
10:14 MYT
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa bermula hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik harian melonjak sebanyak 15 peratus.
Memetik laporan AWANI, perkara itu juga dijangka berlaku kerana kerajaan membenarkan lebih banyak sektor ekonomi beroperasi serta pergerakan merentas negeri sudah dibolehkan.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, unjuran itu berdasarkan catatan jumlah trafik harian sejak 4 Mei sehingga minggu terakhir Ramadan, yang menjangkau lebih sejuta kenderaan pada hari bekerja biasa dan meningkat dengan stabil ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Dengan kenaikan yang stabil sejak 1 Jun, PLUS menjangkakan jumlah trafik melonjak antara 10 hingga 15 peratus setiap hari, bermula pada minggu pertama PKPP pada 12, 13, dan 14 Jun ini.
"PLUS yakin berupaya mengendalikan jumlah trafik sepanjang tempoh PKPP," kata Azman.
Azman turut menyatakan sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, kadar trafik harian PLUS adalah sebanyak 1.6 juta kenderaan sehari, dan jumlah itu meningkat kepada 2 juta sehari pada musim-musim perayaan.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang PLUS di www.plus.com.my atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000.
Sumber : Astro AWANI/BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Jangan Gaduh Di Jalan Raya, PLUS Buka 18 Lorong Smart Lane Sempena Aidilfitri

gempak
08/04/2024
11:55 MYT
Sempena musim perayaan ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 18 lokasi ‘Smart Lane’ di sepanjang lebuh rayanya untuk menampung peningkatan jumlah trafik.
Laman Utama

Hati-Hati Semua! 1.9 Juta Pengguna Lebuh Raya Sempena Deepavali

gempak
21/10/2022
09:47 MYT
Pertambahan trafik sehingga 1.9 juta kenderaan dijangka berlaku di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS)
Laman Utama

Nak Ke Mana Tu? PLUS Jangka 1.9 Juta Kenderaan Sehari Hujung Minggu Ini!

gempak
07/10/2022
07:22 MYT
Minggu Maulidur Rasul
Laman Utama

Kereta Ikmal Amry Hilang Kawalan, Terbalik 8 Kali

gempak
04/09/2022
02:50 MYT
Syukur terselamat.
Laman Utama

Lori Sardin Terbalik, 3KM Highway Sesak!

gempak
03/08/2022
09:20 MYT
Sebuah lori membawa muatan tin sardin terbalik di Kilometer 265.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, dekat sini, pada petang Rabu, menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih tiga kilometer.