Berita

"Kadar Minimum Pengeluaran KWSP Dinaikkan Kepada RM10,000" - Tengku Zafrul

gempak
Zulaikha Yusof
26/11/2020
07:35 MYT
Sponsor Banner
"Kadar Minimum Pengeluaran KWSP Dinaikkan Kepada RM10,000" - Tengku Zafrul
Kerajaan hari ini bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta sebelum ini.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000.
Perkara itu dimaklumkan Tengku Zafrul sewaktu sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live