Usahawan kontroversi Liana Rosli mencuri perhatian apabila membeli sebuah kereta mewah jenis Range Rover untuk kegunaannya pergi ke gimnasium.

Menerusi laman sosial Instagram, Liana atau lebih mesra disapa Kak KM berkongsi momen sewaktu mengambil kereta baharu tersebut untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, ‘budak jahat’ dah keluar. Pewittt! Kereta mama nak pergi gimnasium,” tulis Kak KM di ruangan komen.

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)


Menerusi perkongsian tersebut, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu memilih warna putih dengan tertera nombor pendaftaran KAK 177 untuk kereta baharunya itu.

Dalam pada itu, bukan sahaja kereta malah aksi Kak KM yang menari-nari di hadapan kereta baharunya turut mencuri tumpuan.

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)


Sementara itu di ruangan komen, rata-raga wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat ibu kepada empat anak itu yang terus dimurahkan rezeki dengan sebuah kereta baharu.

“Lawanyaaa kereta,” komen seorang wargamaya.

“Alhamdulillah Kak KM. Congratulations. Ingatkan Britney Spears tadi yang menarik,” puji seorang wargamaya.

“Congrats kak. Selalu tengok Kak KM dari zaman gim di The Curve, sampai sekarang, bangga,” ujar seorang wargamaya.

“Ya Allah seronoknya, tahniah Kak KM sayang,” kata seorang wargamaya.

“Nak parking mana kak, rumah akak dah banyak kereta tu hahaha tahniah,” tulis seorang wargamaya lagi.

Pada November tahun lalu, Kak KM yang sarat hamil anak keempat membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz bertujuan ke hospital untuk bersalin.