Skip to main content

Viral

Jurulatih Pertahankan Atlet HYROX Yang ‘Tercir*t: “Dalam Sukan Kadang-Kadang Berlaku…”

Jurulatih Pertahankan Atlet HYROX Yang ‘Tercir*t: “Dalam Sukan Kadang-Kadang Berlaku…”

Sekilas

  • Jurulatih atlet HYROX Joanna Wietrzyk mempertahankan anak buahnya selepas dia dikecam kerana meneruskan perlumbaan walaupun mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan insiden tidak dijangka.
  • Jurulatih Chris Bayens menegaskan keputusan dibuat dalam keadaan luar biasa dan menyeru agar kecaman melampau serta serangan peribadi terhadap atlet tidak diterima.
  • Pihak HYROX memohon maaf atas kelewatan tindakan semasa perlumbaan dan telah memperbaiki peraturan serta prosedur untuk mengelakkan insiden sama berulang.
Advertisement

Jurulatih kepada seorang atlet HYROX yang menjadi perhatian ramai selepas membuang air besar ketika perlumbaan tampil mempertahankan anak buahnya daripada kecaman netizen.

Atlet berusia 22 tahun, Joanna Wietrzyk, sebelum ini dikritik selepas dia meneruskan saingan dalam kategori umur 16 hingga 24 tahun di National Speed Skating Oval, Beijing pada Sabtu (12 September), walaupun mengalami masalah kesihatan.

Advertisement

Beberapa foto dan video yang tular di media sosial dipercayai menunjukkan kesan najis pada bahagian kaki atlet Australia itu. Lebih mencuri perhatian, Joanna turut memuat naik swafoto di Instagram yang dipercayai dirakam ketika dia berada di katil hospital selepas menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 1 jam, 1 minit dan 23 saat.

“Go hard or go home… kemenangan tetap kemenangan. Tapi serius, terima kasih atas segala sokongan. Saya akan kembali tidak lama lagi x,” tulisnya dalam hantaran yang kemudiannya dipadam, lapor news.com.au.

Namun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang berpendapat Wietrzyk mendedahkan dirinya serta peserta lain kepada risiko kesihatan kerana memilih untuk meneruskan perlumbaan.

Advertisement

Susulan kecaman tersebut, jurulatihnya, Chris Bayens, tampil mempertahankan ‘anak buahnya’ menerusi satu kenyataan di Instagram.

“Apa yang berlaku merupakan satu keadaan luar biasa yang tidak dijangka, berkembang dengan pantas dan hampir mustahil untuk difahami sepenuhnya pada ketika ia berlaku.

“Keputusan dibuat dalam keadaan pertandingan oleh atlet, pengadil dan pegawai yang masing-masing cuba menangani situasi yang tidak pernah mereka jangka atau persiapkan sebelum ini,” katanya.

Menurut Bayens, mudah untuk seseorang melihat kembali kejadian tersebut dan berasa terdapat “tindakan yang lebih sempurna” boleh diambil.

Namun, katanya, pengajaran tetap boleh diambil daripada keputusan yang dibuat ketika itu.

“Bagaimanapun menilai niat, karakter atau moral seseorang berdasarkan apa yang kita tahu selepas kejadian berlaku bukan sesuatu yang adil atau jujur. Dalam sukan, kadang-kadang berlaku perkara yang tidak sempurna dan sangat manusiawi,” tambahnya.

Bayens turut menegaskan perbincangan mengenai insiden tersebut sememangnya wajar, tetapi kecaman melampau dan serangan peribadi terhadap atlet tersebut tidak boleh diterima.

“Perbincangan itu sah. Tetapi kebencian dan serangan peribadi yang berlaku selepas itu tidak,” katanya.

Dalam kapsyen hantaran tersebut, Bayens juga mengatakan menjaga kesihatan fizikal dan prestasi atlet merupakan tanggungjawabnya sebagai jurulatih.

“Kesihatan mental atlet pula banyak dipengaruhi oleh komuniti di sekeliling mereka dan ketika ini, komuniti tersebut sepatutnya melihat semula diri sendiri.

“Tiada siapa yang sempurna. Bukan dalam sukan, bukan di media sosial dan bukan dalam kehidupan sebenar. Apa yang berlaku adalah luar biasa. Tetapi kebencian yang menyusul selepas itu sangat buruk,” katanya lagi seperti dilaporkan People.

Terdahulu, selepas menerima perhatian meluas, pihak HYROX turut memberi respons terhadap insiden berkenaan. Pengasas bersamanya, Moritz Fürste, memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan secara langsung mahupun tidak langsung menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram pada Isnin (14 September).

“HYROX melakukan kesilapan kerana tidak bertindak segera ketika perlumbaan berlangsung. Pada akhirnya, menjadi tanggungjawab saya untuk menjangka kemungkinan insiden seperti ini  dan saya gagal melakukannya,” tulisnya.

Beliau juga memberitahu pihak HYROX sudah mula menambah baik proses pengurusan acara selain melakukan perubahan terhadap buku peraturan dengan serta-merta.

“Mulai sekarang, peraturan dan prosedur baharu telah dilaksanakan bagi mengelakkan situasi seperti ini daripada berlaku lagi,” katanya.

Untuk info, HYROX diasaskan di Jerman pada 2017 dan digambarkan sebagai antara sukan kecergasan yang berkembang paling pantas di dunia. Dalam pertandingan HYROX, peserta perlu berlari kira-kira 0.6 batu sebelum melakukan satu stesen latihan fungsional. Proses tersebut diulang sebanyak lapan kali, dengan cabaran termasuk menolak sled, mendayung, burpee broad jump dan wall ball.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

JDT Vneck Slashed

JDT Vneck Slashed

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

ZANZEA Women Korean Long Sleeves Round Neck Knit Stripe Printed T-Shirts

ZANZEA Women Korean Long Sleeves Round Neck Knit Stripe Printed T-Shirts

Must Watch Video

Advertisement