Laman Utama
Kaka Azraff Dapat Baby Boy Lagi! Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Ke-3 Lebih Mudah - "Kali Ini Lain Sedikit Sebab..."
Penyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan anak ketiga secara normal di sebuah pusat perubatan di Damansara Selangor pada jam 6.03 pagi tadi.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, ketika dihubungi kelahiran bayi lelakinya seberat 2.75 kilogram berjalan dengan lancar dan mudah berbanding dengan kelahiran dua anaknya sebelum ini.
"Alhamdulilah pengalaman bersalin kali ni lain sikit sebab cepat dan mudah.
Advertisement
"Bayangkan saya serah diri pukul 2.45 pagi dan berjaya melahirkan pasa 6.03 pagi sesudah subuh.
"Kali ini dua kali 'push' je, itu pun doktor suruh slowly 'push'. Macam pelik, tapi ya dua kali saja.
"Kaka ambil epidural sebab tahu tak mampu menahan contraction. Jadi tak terasa sakit sangat.
"Baby pun dan saya pun sihat alhamdulillah. Cuma saya agak letih sedikit sekarang," kongsinya.
Apabila ditanya apakah tip yang boleh dikongsi untuk memudahkan proses bersalin, pelantun lagu Bawaku Pergi itu akui perlu lebih sihat dan aktif ketika hamil.
"Saya bukan lah banyak pengalaman sangat tengang hal ini. Cuma saya rasa perlu aktif, banyakkan berjalan di masa hujung-hujung hendak bersalin.
"Saya juga banyak makan kurma dengan angka ganjil. Itu yang saya amalkan," kongsinya.
Kaka yang kini masih berada di hospital teruja untuk pulang bawa berjumpa bayinya dengan dua orang anaknya.
"Abang-abang dia belum jumpa lagi. Kejap lagi baru kami bertemu," ujarnya.
Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Adzriff pada 14 Disember 2018.
Pasangan berkenaan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Aslan, 4, dan Aryan yang berusia setahun.
Must-Watch Video