Program terbaharu Astro Ria, Karaoke Superstar akan membuka tirainya pada Ahad ini.

Bagi mereka yang sememangnya penggemar karaoke, nah! Rancangan ini memang sesuai dengan anda!

Karaoke Superstar akan mempersembahkan gelagat artis yang berganding bersama peminat bersaing untuk merebut gelaran juara. Boleh bayang tak betapa havocnya episod tersebut nanti?

Menariknya kriteria lagu yang dipilih dalam program ini merupakan lagu-lagu popular selebriti tanah air & juga antarabangsa yang sering menjadi pilihan para pengunjung pusat karaoke tau!

Antara keunikan dan cabaran buat selebriti dalam program ini adalah mereka bakal menyanyikan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di mana-mana platform dan merupakan lagu-lagu yang bergenre di luar keselesaan mereka.

Peminat dan penonton di rumah juga boleh menyanyi bersama menerusi paparan lirik tersebut yang juga bolek diakses dengan menekan butang sarikata di alat kawalan televisyen Astro masing-masing.

Sebelum bermula, kami kongsikan lima segmen best dalam Karaoke Superstar! Ready guys ambil mood okay.


#SUPERFANS

Menerusi pusingan ini, seorang peminat setia artis tersebut akan mewakili kumpulan mereka dan menyanyikan lagu popular artis tersebut dengan sebaiknya bagi mengumpul markah.

Pemilihan peminat tersebut adalah berdasarkan uji bakatnya sendiri bersama pihak produksi.

#KAROK UJI

Dalam pusingan kedua ini, artis tersebut perlu berduet dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor.

Lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka akan dipilih oleh pihak lawan masing-masing.

#KUIZ KAROK STAR

Menerusi pusingan ketiga, artis tersebut perlu menjawab soalan-soalan survey popular dan memilih jawapan yang paling tepat dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor.

Peminat yang dipilih oleh artis tersebut akan dikenakan hukuman jika mereka mendapat markah terendah dalam kuiz tersebut.

#MIKROFON MISTERI

Pusingan keempat akan menjemput seorang artis popular yang akan datang sebagai kejutan bagi mewakili artis minggu tersebut.

Artis jemputan tersebut akan menyanyikan lagu popular artis pilihan mereka bagi membantu pertambahan markahnya.

Persona artis jemputan tersebut akan disembunyikan sehingga akhir persembahan dan artis minggu tersebut perlu meneka siapakah mereka.

#MESSY UP STAR

Dalam pusingan akhir ini, artis tersebut akan diuji dengan nyanyian lagu artis pihak lawan mereka secara mesh up dalam gaya nyanyian mereka tersendiri.

Karaoke Superstar menampilkan juri tetap yang digelar sebagai ratu karok iaitu Erra Fazira dan Mas Idayu, selain itu seorang lagi juri jemputan akan hadir setiap minggu.

Para juri akan memberikan markah per seratus kepada mereka dengan pecahan markah vokal atau tempo (40%), persembahan (40%), personaliti (10%) dan bakat spontan mereka (10%) dalam setiap segmen untuk meraih gelaran pemenang pada minggu tersebut.

Tambah menarik, program ini juga menyerlahkan rasa dan suasana berkaraoke dengan memaparkan lirik lagu-lagu nyanyian artis-artis tersebut ketika membuat persembahan.

Seramai 20 orang selebriti bakal bertanding mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian serta pengetahuan masing-masing bagi mengumpul markah sehingga akhir pertandingan untuk memenangi trofi emas Karaoke Superstar.

Para pemenang untuk setiap cabaran akan menerima sebuah trofi dan juara keseluruhan pula akan menerima piala pusingan juara Karaoke Superstar untuk minggu tersebut.

Antara artis yang terlibat adalah Zamani, Wany Hasrita, Tomok, Adira Suhaimi, Tajul, Amira Othman, Ezad Lazim, Ramlah Ram, Ameng Spring, Datin Alyah, Rahmat Mega, Ara Johari, Syamel, Liza Hanim, Muss, Amelina, Datuk Nash, Aina Abdul, Black Hanifah dan Jaclyn Victor.

Karaoke Superstar akan bersiaran bermula 5 Jun, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, Karaoke Superstar boleg distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.