Skip to main content

Berita Tempatan

"Kalau Ada Apa-Apa Terjadi Pada Saya, Macam Mana Mereka Nanti" - Rita Rudaini

rita_3.jpg
Pelakon Rita Rudaini mengakui kehidupan bergelar seorang ibu tunggal kepada dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 bukan sesuatu yang mudah untuk dilaluinya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rita menjelaskan dia tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri sebaliknya harus memberi keutamaan sepenuhnya kepada dua orang anaknya.

"Hidup sebgai ibu dan bapa pada anak-anak, banyak yang harus saya uruskan, sediakan dan fikirkan. Semuanya saya kena fikir sendiri, tugas dan tanggung jawab saya dah double triple.

"24jam berfikir tanpa ada masa untuk fikir pasal diri sendiri tanpa ada masa untuk rest untuk diri sendiri, nak beli itu ini untuk hadiah diri sendiri pon dah saya tak pernah fikir lagi sejak ada dua nyawa lagi dalam hidup saya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hidup sbgai ibu dan bapa pd anak2,byk yg harus sy uruskan,sediakan n pikir kan....smuanya sy kena pikir sendiri...tugas dan tggjwb sy dah double triple...24jam berfikir tanpa ada masa utk pikir pasal diri sendiri...tanpa ada masa utk rest...utk diri sendiri,nak bli itu ini utk hadiah diri sendiri pon dah sy xpernah pikir lg sejak ada dua nyawa lg dlm hidup sy......masa umpama tidak cukup utk sy.....setiap masa jugak sy slalu fikir...klau ada apa2 terjadi pd sy,mcm mana mereka nnti? Sbb tu sy dah bersedia awal2 dan berterima kasih byk2 kpd En. @rizuanahamad kerana membantu sy utk masa depan kedua nyawa sy ni...tkasih kerana menguruskan Hibah prudential sy utk mereka....kpd smua,nasihat sy..xkira lah ibu tunggal ke,ibu tinggal ke ,or masih berkeluarga,..malang tidak berbau...sediakan lah payung sblm hujan kerana xsemestinya panas smpai ke ptg ? bole watsap @rizuanahamad utk info yg lebih tepat lg...

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


"Masa umpama tidak cukup untuk saya. Setiap masa juga saya selalu fikir kalau ada apa-apa terjadi pada saya, macam mana mereka nnti? Sebab tu saya dah bersedia awal-awal dan berterima kasih banyak-banyak kepada En. Rizuan kerana membantu saya untuk masa depan kedua nyawa saya ni.

"Terima kasih kerana menguruskan Hibah prudential saya untuk mereka. Kepada semua, nasihat saya tak kiralah ibu tunggal ke or masih berkeluarga malang tidak berbau.

"Sediakanlah payung sebelum hujan kerana tak semestinya panas sampai ke petang," tulisnya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan bekas suaminya, Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Must-Watch Video

Advertisement