Laman Utama

“Kalau Ada Boyfriend Pun, I Tak Akan Tunjuk..” - King Coco Enggan Tayang Kehidupan Peribadi

gempak
Azwa Rahman
12/10/2021
03:30 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Ada Boyfriend Pun, I Tak Akan Tunjuk..” - King Coco Enggan Tayang Kehidupan Peribadi
Selebriti media sosial King Coco mendedahkan dia mahu menjadikan perhubungan cinta secara senyap demi menjaga privasi dia dan teman lelaki.
Menurut pemilik nama lengkap Marshaira Ismail, 24 tahun ini, dia tidak mahu bersikap suka mencanang dan menayang kehidupan peribadinya kepada umum.
“Kalau I ada boyfriend pun, confirm-confirm i tak akan tunjuk sebab I would like to have a silent relationship that nobody knows.
I really love privacy, I think you guys know that I'm that kind of person yang tak suka tayang-tayang kebahagianlah, tayang anak-anak pun I jarang.
“So kalau I ada boyfriend, you think I would show to the people that I have a boyfriend? I think no,” ujar Coco di IG storynya.
Menerusi pemerhatian Gempak di IG milik Coco juga, dia sememangnya tidak suka berkongsi perihal peribadi dan lebih banyak memuat naik video serta foto diri sendiri.
Beberapa hari lalu, Coco yang sering diusik menjalin cinta dengan Caprice menegaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan penyanyi rap itu.
BACA: “Stop Asking About Him” - King Coco Tidak Mahu Bercinta Dengan Caprice
Pada September lalu, Coco mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan dengan suami, Azrin Anas Abdul Shukor.
Pasangan yang berkahwin pada 1 Januari 2017 itu dikurniakan dua orang cahaya mata.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live