Berita

“Kalau Ada Sesiapa Nak Bagi Baby…”- Emelda Rosmila

gempak
Syafiqah Jalal
28/04/2020
09:11 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Ada Sesiapa Nak Bagi Baby…”- Emelda Rosmila
Pelakon Emelda Rosmila mengakui dia kini sudah bersedia untuk menerima seorang lagi anak angkat jika ada individu yang sudi hendak memberikan amanah itu kepadanya.
Pun begitu, Emelda yang lebih mesra dengan panggilan Mel itu memberitahu perkara terbabit juga mengikut kemampuannya untuk menjaga bayi itu kelak.
Dalam masa yang sama, Emelda memberitahu dia juga turut sudi membantu kepada pasangan yang menginginkan anak angkat.
“Seronok pula dapat bahagiakan orang. Tahun lalu ramai nak bagi baby dekat Mel, tapi Mel belum mampu nak ambil sebab terlalu sibuk dan pembantu pun tak ada.
“Rupanya ramai yg perlukan bayi. Insya-Allah kalau ada Mel bantu ya.
“Kalau ada sesiapa nak beri baby dekat Mel, tak kira bayi perempuan atau lelaki. DM (mesej peribadi) Mel ya. Kalau Mel mampu jaga Mel ambil, kalau tak, Mel cuba bantu uruskan baby tersebut seikhlas hati,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramli itu berkongsi perkara terbabit di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Emelda memberitahu dia hanya membantu dan tidak mahu terlibat dalam proses jual beli bayi.
“Kalau boleh tak naklah yang cuba-cuba menjual anak, cukup sekadar uruskan hal-hal bil hospital, penjagaan dan saguhati.
"Kalau ada individu yang willing to pay more, itu rezekilah ya. Mel boleh jadi perantara untuk yang tak sabar nak jadi mommy tu
“Mudah-mudahan Allah permudahkan. Tak kisah baby apa-apa pun janji cukup sifat sihat dan kuat,” katanya lagi.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini berusia sembilan tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024